PERSEPSI PELAJAR DIPLOMA BERPENCAPAIAN RENDAH TERHADAP KAEDAH PEMBELAJARAN KOPERATIF JIGSAW DAN MODEL PENYELESAIAN MASALAH POLYA DALAM PEMBELAJARAN PENGENALAN KEPADA TEKNIK KUANTITATIF

Authors

  • Katherine Anak Sipang Fakulti Psikologi dan Pendidikan, Universiti Malaysia Sabah, Malaysia
  • Siew Nyet Moi Fakulti Psikologi dan Pendidikan, Universiti Malaysia Sabah, Malaysia

Abstract

Kajian kualitatif ini dilaksanakan untuk meneroka cabaran dihadapi oleh pelajar diploma berpencapaian rendah dalam subjek Pengenalan Kepada Teknik Kuantitatif. Selain itu kajian ini meneroka bagaimana kaedah pembelajaran koperatif Jigsaw dan Model Penyelesaian Masalah Polya boleh membantu pelajar berpencapaian rendah dan persepsi mereka terhadap kaedah alternatif ini dalam pembelajaran. Kajian ini dijalankan di sebuah kolej swasta di Sabah yang melibatkan lima orang pelajar Diploma Pengurusan semester kedua yang berpencapaian rendah. Data dikumpul melalui kaedah temu bual, nota lapangan, dan analisis dokumen. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pelajar berpencapaian rendah menghadapi kesukaran dalam memahami kehendak soalan dan tidak dapat mengenalpasti rumus yang tepat dalam penyelesaian. Model Penyelesaian Masalah Polya membantu pelajar untuk memahami kehendak soalan dengan lebih baik dan menyelesaikan masalah berayat panjang mengikut langkah demi langkah. Bantuan daripada rakan sekelas yang bertindak sebagai fasilitator meningkatkan kemahiran pelajar berpencapaian rendah dalam memahami konsep dan rumus dan menyelesaikan masalah berayat panjang, sekaligus memperoleh gred yang lebih baik. Hasil kajian memberikan implikasi positif terhadap pelajar Diploma Pengurusan berpencapaian rendah bagi meningkatkan kemahiran penyelesaian masalah dalam subjek Pengenalan Kepada Teknik Kuantitatif.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-09-24

How to Cite

Katherine Anak Sipang, & Siew Nyet Moi. (2024). PERSEPSI PELAJAR DIPLOMA BERPENCAPAIAN RENDAH TERHADAP KAEDAH PEMBELAJARAN KOPERATIF JIGSAW DAN MODEL PENYELESAIAN MASALAH POLYA DALAM PEMBELAJARAN PENGENALAN KEPADA TEKNIK KUANTITATIF. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 8(50). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/3622