PEMBANGUNAN UJIAN KEMAHIRAN BERFIKIR ALGEBRA DALAM PENYELESAIAN MASALAH BAGI PERSAMAAN LINEAR TINGKATAN SATU

Authors

  • Janet Jahudin Fakulti Psikologi dan Pendidikan, Universiti Malaysia Sabah
  • Siew Nyet Moi Fakulti Psikologi dan Pendidikan, Universiti Malaysia Sabah

Abstract

Instrumen Ujian Kemahiran Berfikir Algebra (UKBA) dibina bertujuan untuk mengukur kemahiran berfikir algebra dalam penyelesaian masalah yang melibatkan topik persamaan linear. Kajian ini bertujuan menentukan kualiti instrumen UKBA melalui analisis kesahan dan kebolehpercayaan melalui Model Pengukuran Rasch. UKBA adalah rangkuman soalan respon terhad yang terdiri daripada sembilan item dengan tiga pecahan konstruk kemahiran berfikir algebra iaitu: Generalisasi Aritmetik (KGA), Fungsi (KF) dan Pemodelan (KM). Sampel terdiri daripada 120 orang pelajar tingkatan satu yang berusia 12 hingga 13 tahun dari sebuah sekolah luar bandar daerah Tuaran, Sabah. Hasil analisis kesahan mendapati polariti item melalui nilai PTMEA-Corr menunjukkan bahawa kesemua 9 item berada >0.00 (+). Melalui analisis kesesuaian item, semua item masih dikekalkan kerana memenuhi syarat dalam salah satu julat outfit MNSQ, Outfit ZSTD dan PTMEACorr. Dalam analisis komponen utama (PCA), nilai Raw Variance Explained by Measures 61.1% (Cemerlang) dan nilai Unexplained variance dalam kontras pertama di bawah 15% menunjukkan bahawa instrumen mempunyai keekadimensian yang kuat dan mempunyai kesahan konstruk yang tinggi. Kebolehpercayaan Cronbach Alpha (KR-20) menunjukkan nilai 0.90 (sangat tinggi), kebolehpercayaan item 0.98 (cemerlang) dan responden 0.86 (baik) dengan nilai pengasingan item 6.29 dan responden 2.45. Kesimpulannya, UKBA mempunyai kesahan yang baik dan kebolehpercayaan yang tinggi dalam mengukur kemahiran berfikir algebra dalam kalangan pelajar tingkatan satu di sekolah menengah.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-09-24

How to Cite

Janet Jahudin, & Siew Nyet Moi. (2024). PEMBANGUNAN UJIAN KEMAHIRAN BERFIKIR ALGEBRA DALAM PENYELESAIAN MASALAH BAGI PERSAMAAN LINEAR TINGKATAN SATU. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 8(50). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/3624