PENGETAHUAN TEKNOLOGI PEDAGOGI KANDUNGAN GURU MATEMATIK SEKOLAH MENENGAH

Authors

  • Nor Atika A Jalil Fakulti Psikologi dan Pendidikan, Universiti Malaysia Sabah, Malaysia
  • Siew Nyet Moi Fakulti Psikologi dan Pendidikan, Universiti Malaysia Sabah, Malaysia

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk menentukan tahap pengetahuan teknologi pedagogi kandungan guru matematik sekolah menengah. Kajian ini juga bertujuan menganalisis perbezaan pemboleh ubah tersebut dari aspek jantina dan pengalaman mengajar. Soal selidik telah ditadbirkan kepada 248 orang guru matematik dari 22 buah sekolah menengah di Zon Pantai Barat Sabah, Malaysia. Hasil kajian menunjukkan pengetahuan teknologi pedagogi kandungan guru matematik sekolah menengah berada pada tahap tinggi (M=4.071, SD=0.540). Keputusan ujian-t Welch menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan pengetahuan teknologi pedagogi kandungan berdasarkan jantina (p= .0560; p> .05). Hasil analisis ANOVA sehala juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan pengetahuan teknologi pedagogi kandungan berdasarkan pengalaman mengajar guru. Dapatan kajian ini berguna sebagai panduan kepada pihak atasan untuk merancang strategi dan latihan yang relevan kepada guru-guru matematik dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran. Implikasi kajian ini menunjukkan bahawa guru tanpa mengira aspek jantina dan pengalaman mengajar, perlu terus komited dalam merancang dan melaksanakan pengajaran mereka berpandukan elemen yang terdapat dalam kerangka pengetahuan teknologi pedagogi kandungan.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-09-24

How to Cite

Nor Atika A Jalil, & Siew Nyet Moi. (2024). PENGETAHUAN TEKNOLOGI PEDAGOGI KANDUNGAN GURU MATEMATIK SEKOLAH MENENGAH. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 8(50). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/3628