IMPLEMENTASI TAKSONOMI BLOOM DALAM DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN (DSKP) PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH MENENGAH: SATU ANALISIS
Abstract
Guru Pendidikan Islam masih lagi belum memahami sepenuhnya komponen yang terdapat dalam DSKP. Ini menunjukkan GPI agak kurang cakna dengan perincian DSKP termasuk pengaplikasian Taksonomi Bloom dari aspek kognitif, afektif dan psikomotor. Justeru itu, artikel ini bertujuan untuk menjelaskan lebih terperinci mengenai komponen yang terdapat dalam DSKP termasuk domain Taksonomi Bloom yang diaplikasikan dalam DSKP selain menganalisis kesesuaian Taksonomi Bloom yang digunakan dalam DSKP Pendidikan Islam di sekolah menengah. Berdasarkan analisis kandungan dari sumber primer dan sekunder, kajian mendapati terdapat 7 komponen dalam DSKP Pendidikan Islam dan 3 domain utama Taksonomi Bloom iaitu dari aspek kognitif, afektif dan psikomotor yang diaplikasikan dalam DSKP melalui standard kandungan, standard pembelajaran dan standard prestasi. Dapatan kajian juga menunjukkan Taksonomi Bloom ini sesuai diimplementasikan dalam DSKP Pendidikan Islam Sekolah Menengah. Namun guru perlu kreatif menyesuaikan kaedah pengajaran dan pentaksiran mengikut bidang-bidang dalam Pendidikan Islam. Diharapkan agar artikel ini dapat memberikan gambaran menyeluruh berkaitan DSKP Pendidikan Islam sekolah menengah serta memberikan cetusan idea kepada GPI dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam dengan mengaplikasikan kesemua komponen dalam DSKP. Implikasi kajian ini adalah untuk membantu GPI khususnya guru novis dalam memahami DSKP yang menjadi rujukan utama guru dalam perancangan dan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2024-09-24
How to Cite
Nor Alniza Azman, Hafizhah Zulkifli, & Ab. Halim Tamuri. (2024). IMPLEMENTASI TAKSONOMI BLOOM DALAM DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN (DSKP) PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH MENENGAH: SATU ANALISIS. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 8(50). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/3631
Issue
Section
Articles