KESAN FAKTOR PENERIMAAN TERHADAP KUALITI SISTEM E-PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN PELAJAR IPT DI MALAYSIA

Authors

  • Marina Muhammad Razaki Department of Muamalat, Faculty of Management and Information Technology, Sultan Ismail Petra Intern
  • Suraini Saufi Department of Muamalat, Faculty of Management and Information Technology, Sultan Ismail Petra Intern
  • Wan Nadiah Wan Mohd Nasir Department of Muamalat, Faculty of Management and Information Technology, Sultan Ismail Petra Intern
  • Izzat Syazwan Mustafa Kamal Department of Muamalat, Faculty of Management and Information Technology, Sultan Ismail Petra Intern

Abstract

Artikel ini bertujuan untuk mengkaji kesan faktor penerimaan terhadap kualiti sistem e-pembelajaran dalam kalangan pelajar IPT di Malaysia bagi memenuhi keperluan pengajaran dan pembelajaran seiring dengan negara maju. Kajian ini memberi kebaikan kepada dunia Pendidikan khususnya di peringkat Institusi Pengajian Tinggi yang menjadikan sistem e-pembelajaran sebagai salah satu medium utama dalam sistem pengajaran dan pembelajaran. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif melalui kaedah tinjauan secara rentasan. Dapatan kajian menunjukkan tanggapan mudah guna (β=0.342, p<.05; sokongan teknikal (β=0.260, p<.05); ciri-ciri pensyarah (β=0.203, p<.05) dan tanggapan kebergunaan (β=0.181, p<.05) memberi kesan positif terhadap sistem kualiti e-pembelajaran. Ini membuktikan bahawa faktor penerimaan memberi kesan terhadap kualiti sistem e-pembelajaran dalam kalangan pelajar IPT di Malaysia. Kemajuan dan penggunaan teknologi ini adalah penting bagi membolehkan negara berada seiring dengan negara-negara maju dan dapat melahirkan modal insan yang berpengetahuan tinggi untuk menyumbang kepada kemajuan dalam sistem pendidikan dan sosio ekonomi negara.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-09-24

How to Cite

Marina Muhammad Razaki, Suraini Saufi, Wan Nadiah Wan Mohd Nasir, & Izzat Syazwan Mustafa Kamal. (2024). KESAN FAKTOR PENERIMAAN TERHADAP KUALITI SISTEM E-PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN PELAJAR IPT DI MALAYSIA. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 8(50). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/3637