HUBUNGAN ANTARA REGULASI EMOSI DAN RESILIENSI DALAM KALANGAN DEWASA MUDA DI MALAYSIA

Authors

  • Aifaa Mohd Jamil Department of Social Science and Management, Universiti Putra Malaysia Bintulu Campus, Malaysia
  • Rebecca Eva Muyang Department of Social Science and Management, Universiti Putra Malaysia Bintulu Campus, Malaysia
  • Siaw Leng Chan Department of Social Science and Management, Universiti Putra Malaysia Bintulu Campus, Malaysia

Abstract

Regulasi emosi dan resiliensi merupakan indikator yang berupaya menunjukkan kefungsian psikologikal golongan dewasa muda pada tahap yang efektif. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti hubungan antara regulasi emosi dan resiliensi dalam kalangan dewasa muda di Malaysia. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif yang menggunakan reka bentuk kajian tinjauan. Saiz sampel untuk kajian ini adalah seramai 123 responden yang terdiri daripada 75.60% (93 orang) responden perempuan dan 24.40% (30 orang) responden lelaki. Hasil kajian menunjukkan terdapat hubungan positif yang sederhana di antara regulasi emosi (i.e., reappraisal) dengan resiliensi dalam kalangan dewasa muda di Malaysia. Hasil kajian turut menunjukkan kognitif yang rasional berupaya mempengaruhi dalam memberi semangat yang positif kepada dewasa muda. Seterusnya, dapatan kajian untuk tahap regulasi emosi golongan dewasa muda di Malaysia menunjukkan bahawa terdapat bilangan tahap regulasi emosi sederhana tinggi yang dihadapi oleh golongan dewasa muda apabila berdepan dengan cabaran dalam konflik kehidupan. Ini menunjukkan bahawa dewasa muda mempunyai emosi yang dialami berdasarkan kepada situasi kehidupan yang dilalui. Hasil kajian ini boleh menyumbang kepada pembangunan intervensi yang berkaitan dengan regulasi emosi dan resiliensi. Implikasi kajian dan rekomendasi kajian masa hadapan turut dibincangkan.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-09-24

How to Cite

Aifaa Mohd Jamil, Rebecca Eva Muyang, & Siaw Leng Chan. (2024). HUBUNGAN ANTARA REGULASI EMOSI DAN RESILIENSI DALAM KALANGAN DEWASA MUDA DI MALAYSIA. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 8(50). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/3643