KEMAHIRAN BUDAYA DALAM KALANGAN PELAJAR PROGRAM PENDIDIKAN GURU DI MALAYSIA: SUATU SOROTAN

Authors

  • Nang Nashirah Nik Dahalan Jabatan Komunikasi, Fakulti Perniagaan dan Komunikasi, Universiti Malaysia Perlis, Malaysia
  • Yasmin Ahmad Jabatan Komunikasi, Fakulti Perniagaan dan Komunikasi, Universiti Malaysia Perlis, Malaysia
  • Mardzelah Makhsin Pusat Pengajian Pendidikan dan Bahasa Moden, Universiti Utara Malaysia, Malaysia

Abstract

Memahami kepelbagaian budaya boleh merapatkan perbezaan budaya antara guru dengan pelajar yang terdiri daripada pelbagai etnik dan budaya. Pelajar yang terdiri daripada pelbagai etnik dan budaya akan mendapat manfaat daripada strategi pengajaran yang responsif terhadap budaya yang pelbagai. Dalam usaha memahami kepelbagaian budaya di Malaysia, antara caranya adalah perlunya wujud kemahiran budaya dalam kalangan bakal guru. Bakal guru perlu mempunyai tahap kemahiran budaya yang tinggi supaya setiap sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas dapat menarik minat pelajar dan tidak berlaku bias, seterusnya dapat menjadikan sesi pengajaran di dalam kelas lebih efektif dan responsif terhadap kepelbagaian budaya. Program pendidikan guru perlu menyediakan lebih banyak peluang kepada bakal guru untuk terlibat dan berinteraksi dengan budaya yang pelbagai supaya dapat meningkatkan kemahiran budaya bakal guru untuk mengajar pelajar daripada etnik dan budaya yang pelbagai, seterusnya dapat meningkatkan lagi kualiti pengajaran bakal guru ketika mengajar di dalam kelas yang pelbagai.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-09-24

How to Cite

Nang Nashirah Nik Dahalan, Yasmin Ahmad, & Mardzelah Makhsin. (2024). KEMAHIRAN BUDAYA DALAM KALANGAN PELAJAR PROGRAM PENDIDIKAN GURU DI MALAYSIA: SUATU SOROTAN. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 8(50). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/3648