IMPAK PENERAPAN NILAI MURNI MELALUI PENDIDIKAN ABAD KE-21 TERHADAP PENGHAYATAN PELAJAR SABK

Authors

  • Khairil Izuan Ibrahim Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia, 11800 USM, Pulau Pinang
  • Umar Muhammad Noor Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia, 11800 USM, Pulau Pinang
  • Mohd Nizam Sahad Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia, 11800 USM, Pulau Pinang

Abstract

Pendidikan nilai murni (NM) merupakan teras pembentukan akhlak pelajar selaras dengan aspirasi negara ke arah mewujudkan masyarakat Madani. Namun, laporan kajian Kurikulum Bersepadu Dini (KBD) mendapati tahap ¬-kefahaman dan penerapan NM guru masih berada pada tahap yang kurang memuaskan. Justeru, kajian ini adalah bertujuan untuk mengkaji tahap, kaedah dan teknik penerapan NM serta penghayatan pelajarnya melalui Pendidikan Abad ke-21 (PAK 21) yang dijalankan di Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) oleh guru-guru (KBD) dalam pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) Usul al-Din. Seterusnya, mengenal pasti kesan antara tahap, kaedah dan teknik penerapan NM yang digunakan oleh guru-guru KBD terhadap penghayatan NM pelajar. Responden terdiri dari 480 orang pelajar tingkatan empat dari 12 buah sekolah yang melibatkan pemilihan sampel secara rawak berstrata. Bagi responden guru pula terdiri dari 10 orang guru Usul al-Din KBD yang dipilih secara persampelan bertujuan. Kajian ini menggunakan pendekatan kaedah campuran berurutan bersifat penerangan (Explanatory). Aplikasi yang digunakan untuk menganalisis data kuantitatif adalah SPSS versi 25 dan data kualitatif pula adalah Atlas Ti 23. Analisis kajian ini melibatkan analisis deskriptif, analisis regresi linear berganda dan analisis tematik. Hasil kajian mendapati bahawa nilai min tahap 16 NM guru KBD, kaedah dan teknik penerapan NM guru KBD masing-masing sebanyak 4.06, 3.78 dan 3.39. Guru didapati cenderong menerapkan NM tertentu dalam pengajaran mereka. Mereka juga menggunakan kaedah dan teknik yang pelbagai, namun, teknik lama lebih mendominasi berbanding PAK 21. Tahap 16 NM guru dan teknik pengajaran guru memberi impak terhadap penghayatan NM pelajar dengan nilai R Square sebanyak 26.2%. Faktor intrinsik dan extrinsik turut menguatkan impak terhadap penghayatan NM pelajar. Walaupun terdapat impak tersebut, namun pihak berkaitan perlu mengambil langkah proaktif untuk memastikan usaha ini dapat dioptimumkan. Dapatan ini dapat memberi manfaat kepada para pengkaji, guru KBD, pembuat dasar dan semua yang terlibat dalam bidang yang berkaitan.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-09-24

How to Cite

Khairil Izuan Ibrahim, Umar Muhammad Noor, & Mohd Nizam Sahad. (2024). IMPAK PENERAPAN NILAI MURNI MELALUI PENDIDIKAN ABAD KE-21 TERHADAP PENGHAYATAN PELAJAR SABK. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 8(50). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/3649