PENGGUNAAN STRATEGI TEKNIK PEMBELAJARAN KOLABORATIF UNTUK MENINGKATKAN KEMAHIRAN KOLABORATIF PELAJAR DI SEKOLAH MENENGAH
Abstract
Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti keberkesanan strategi teknik pembelajaran kolaboratif bagi meningkatkan kemahiran kolaboratif pelajar dalam aspek faedah akademik, faedah sosial, kemahiran generik dan aspek negatif pelajar. Kajian dijalankan menggunakan kaedah kuasi eksperimen di dua buah sekolah menengah di daerah Lahad Datu, Sabah dan melibatkan seramai 180 orang pelajar tingkatan empat yang mengambil subjek Matematik Tambahan. Di setiap sekolah, pelajar dibahagikan kepada dua kumpulan yang terdiri daripada kumpulan kawalan yang diajar menggunakan strategi pembelajaran berkumpulan tanpa struktur dan kumpulan rawatan yang diajar menggunakan strategi teknik pembelajaran kolaboratif selama tiga minggu. Instrumen yang digunakan ialah soal selidik yang diadaptasikan oleh Brown (2008). Skor pra dan pasca kumpulan pelajar kemudian dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Science for Windows Version 26.0 (SPSS). Perisian SPSS digunakan untuk mendapatkan min keseluruhan markah kumpulan kawalan dan rawatan dalam skor pra dan pasca, nilai ujian-t persepsi pelajar mengenai keberkesanan strategi teknik pembelajaran kolaboratif. Hasil daripada analisis data yang dilakukan terhadap skor pra-pasca kumpulan rawatan dan kawalan mendapati terdapat peningkatan kemahiran kolaboratif dalam aspek faedah akademik, faedah sosial, kemahiran generik dan aspek negatif pelajar dalam kumpulan rawatan berbanding dengan kumpulan kawalan. Keadaan ini menunjukkan penggunaan strategi teknik pembelajaran kolaboratif dalam pengajaran dan pembelajaran dapat membantu meningkatkan kemahiran kolaboratif pelajar. Proses interaksi yang berlaku melalui strategi teknik pembelajaran kolaboratif membantu meningkatkan kemahiran kolaboratif pelajar. Kajian ini memberi implikasi penting untuk mengenal pasti alternatif yang boleh digunakan oleh guru untuk meningkatkan kemahiran kolaboratif pelajar.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2024-09-24
How to Cite
Jupri Basari. (2024). PENGGUNAAN STRATEGI TEKNIK PEMBELAJARAN KOLABORATIF UNTUK MENINGKATKAN KEMAHIRAN KOLABORATIF PELAJAR DI SEKOLAH MENENGAH. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 8(50). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/3650
Issue
Section
Articles