MODEL KEPIMPINAN PENGETUA SEKOLAH PULAU DI NEGERI SABAH: SATU KAJIAN KES
Abstract
Kompetensi kepimpinan dan kepimpinan instruksional pengetua sekolah merupakan satu isu dalam pendidikan ke arah meningkatkan keberkesanan dan kecekapan pengurusan sesebuah sekolah. Kajian ini bertujuan untuk meneroka kompetensi kepimpinan dan amalan kepimpinan instruksional dan pelaksanaannya oleh pengetua sekolah pulau di negeri Sabah. Kajian kualitatif ini menggunakan pendekatan kajian kes. Seramai 12 orang peserta kajian yang terdiri daripada pengetua, penolong kanan kurikulum dan guru mata pelajaran yang terlibat dalam kajian ini. Proses pengumpulan data dibuat dengan menggunakan kaedah temu bual, pemerhatian dan analisis dokumen. Data-data kajian diproses dan dianalisis dengan menggunakan perisian ATLAS.ti 8. Dapatan data berpandukan teori kompetensi kepimpinan dan kepimpinan instruksional. Kompetensi kepimpinan merangkumi tingkah laku, pengetahuan dan kemahiran. Manakala kepimpinan instruksional melibatkan tiga domain utama iaitu mendefinisi misi sekolah, mengurus program instruksional dan membentuk iklim sekolah yang positif. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kompetensi kepimpinan dan kepimpinan instruksional sangat penting bagi pengetua sekolah di pulau untuk memastikan kecemerlangan sekolah dapat dicapai.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2024-09-24
How to Cite
Dexter Silam. (2024). MODEL KEPIMPINAN PENGETUA SEKOLAH PULAU DI NEGERI SABAH: SATU KAJIAN KES. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 8(50). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/3652
Issue
Section
Articles