PENERAPAN ELEMEN NILAI MURNI DAN ETIKA MELALUI PLATFORM E-PEMBELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH RENDAH

Authors

  • Nur Eliza Mohd Noor Program Pendidikan Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Malaysia
  • Tengku Sarina Aini Tengku Kasim Program Pendidikan Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Malaysia
  • Yusmini Md. Yusoff Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Malaysia

Abstract

Nilai murni dan etika merupakan tunjang dalam pembinaan sahsiah dalam diri setiap individu. Ia merupakan salah satu elemen yang perlu diterapkan dalam sesi pembelajaran sama ada di dalam kelas secara fizikal atau secara maya melalui platform e-pembelajaran. Penerapan elemen nilai murni dan etika ini akan membentuk tingkah laku yang baik bagi menghasilkan generasi yang memiliki sahsiah yang tinggi. Kajian lepas menunjukkan bahawa penggunaan platform e-pembelajaran bagi menggantikan sesi pembelajaran bersemuka secara fizikal di dalam kelas memberikan beberapa implikasi kepada perkembangan sahsiah murid. Sebagai contoh, murid kurang memberi maklum balas kepada guru semasa sesi e-pembelajaran berlangsung, tidak memulakan sesi e-pembelajaran dengan bacaan doa, pelajar tidak menepati waktu pembelajaran dalam talian, tidak memberi salam kepada guru semasa memasuki kelas dalam talian dan tidak menyiapkan tugasan yang diberikan dengan jujur dan amanah. Isu ini juga secara tidak langsung dikaitkan dengan keberkesanan dan peranan guru Pendidikan Islam (GPI) dalam membina sahsiah murid melalui platform e-pembelajaran. Oleh itu, tujuan kajian ini adalah untuk melihat pengalaman GPI dalam penerapan elemen nilai murni dan etika dalam pelaksanaan e-pembelajaran. Kajian ini berbentuk kualitatif dengan menggunakan kaedah temu bual secara mendalam bersama 3 orang GPI. Data temu bual dianalisis secara tematik dengan menggunakan perisian Nvivo versi 1.7 bagi menghasilkan dapatan kajian. Analisis temu bual mendapati kesemua GPI berjaya menerapkan beberapa elemen nilai murni semasa e-pembelajaran Pendidikan Islam. Di samping itu, hasil kajian juga mengenal pasti beberapa cabaran e-pembelajaran yang dihadapi oleh GPI sehingga mewujudkan kekangan dalam menerapkan nilai-nilai murni. Impak kajian ini diharap dapat membantu para pendidik meningkatkan pengetahuan dalam pelaksanaan penerapan elemen nilai murni dan etika melalui platform e-pembelajaran di samping memberi input kepada masyarakat terutama ibu bapa akan cabaran yang dihadapi oleh GPI dalam membina sahsiah pelajar.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-09-24

How to Cite

Nur Eliza Mohd Noor, Tengku Sarina Aini Tengku Kasim, & Yusmini Md. Yusoff. (2024). PENERAPAN ELEMEN NILAI MURNI DAN ETIKA MELALUI PLATFORM E-PEMBELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH RENDAH. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 8(50). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/3654