CABARAN GURU PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAM KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH (KSSM)
Abstract
Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) merupakan permulaan kepada perubahan penambahbaikan kualiti pendidikan negara setanding dengan negara maju. Ianya dirangka berasaskan enam tunjang iaitu Komunikasi; Kerohanian, Sikap dan Nilai; Kemanusiaan; Keterampilan Diri; Perkembangan Fizikal dan Estetika; serta Sains dan Teknologi. Dalam masa yang sama adalah untuk merealisasikan agenda Gelombang Kedua, Pelam Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2016 hingga 2020 dengan memberi penekanan kepada pembangunan pelajar secara holistik. Penulisan ini bertujuan untuk melihat cabaran Guru Pendidikan Islam (GPI) dalam mendepani pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) melalui kurikulum baharu KSSM dan tindakan susulan yang dilaksanakan dalam menangani cabaran tersebut sebagai solusinya. Berdasarkan kaedah kajian kepustakaan maka pengkaji merujuk sorotan literatur sebagai sumber primer untuk mengukuhkan pandangan dan idea yang dilontarkan dalam penulisan ini. Hasil dapatan, penulis mendapati antara cabaran GPI adalah kompetensi GPI terhadap pengetahuan dan penguasaan Kurikulum Asas Kandungan KSSM, amalan pengajaran berteraskan kaedah tradisional kepada berpusatkan murid, perbezaan murid dari segi pengetahuan sedia ada, minat, motivasi dan gaya pembelajaran, dan Pelaksanaan pembelajaran abad ke-21(PAK-21). Harapan penulis melalui penulisan ini dapat memberikan panduan kepada GPI untuk memperbaiki strategi pengajaran sesuai dengan perubahan era globalisasi di samping proses pembelajaran ini dapat membina murid yang holistik dan sedia menghadapi persaingan.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2024-09-24
How to Cite
Mohd Shahrani Muhamad Zaidi, & Mohamad Khairi Haji Othman. (2024). CABARAN GURU PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAM KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH (KSSM). INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 8(50). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/3656
Issue
Section
Articles