HUBUNGAN ANTARA PENGHAYATAN AKHLAK DENGAN KECERDASAN EMOSI DALAM KALANGAN MURID SEKOLAH MENENGAH

Authors

  • Mohamad Khairi Haji Othman Pusat Pengajian Pendidikan, Universiti Utara Malaysia, Malaysia
  • Fazira Rokman Pusat Pengajian Pendidikan, Universiti Utara Malaysia, Malaysia

Abstract

Gejala-gejala yang menunjukkan kurangnya penghayatan akhlak dan kemerosotan kecerdasan emosi seperti keganasan, jenayah, penyalahgunaan dadah, kemurungan dikalangan kanak-kanak dan remaja, pembuangan bayi, pembulian di sekolah, keciciran di sekolah, penyakit pemakanan dan sebagainya masih berleluasa. Sehubungan itu kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti penghayatan akhlak dan kecerdasan emosi dalam kalangan pelajar. Seramai 108 orang pelajar Islam Tingkatan Tiga terlibat sebagai responden. Data dikumpul melalui soal selidik bagi mengukur penghayatan akhlak dan kecerdasan emosi pelajar. Analisis deskriptif iaitu peratus dan min digunakan untuk analisis taburan seperti demografi dan tahap penghayatan akhlak serta kecerdasan emosi. Sementara itu, analisis ujian t sampel bebas digunakan bagi menganalisis perbezaan penghayatan akhlak berdasarkan jantina pelajar. Bagi menentukan perbezaan penghayatan akhlak berdasarkan kedudukan kelas, ujian ANOVA sehala digunakan. Manakala analisis korelasi digunakan untuk analisis hubungan antara penghayatan akhlak dengan kecerdasan emosi dalam kalangan pelajar. Dapatan deskriptif menunjukkan tahap penghayatan akhlak dimensi akhlak kepada alam sekitar menunjukkan min tertinggi berbanding dimensi-dimensi lain. Manakala bagi tahap kecerdasan emosi, dimensi motivasi diri menunjukkan nilai min tertinggi berbanding dimensi-dimensi lain. Ujian t sampel bebas mendapati bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan penghayatan akhlak berdasarkan pelajar lelaki dan pelajar perempuan. Sementara itu, ujian ANOVA menunjukkan bahawa terdapat perbezaan penghayatan akhlak berdasarkan kedudukan kelas. Analisis lanjut ujian post hoc mendapati penghayatan akhlak pelajar dari kelas 3A4 lebih tinggi berbanding penghayatan akhlak pelajar dari kelas 3A3. Ujian Korelasi pula menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara penghayatan akhlak dengan kecerdasan emosi. Kajian ini memberi implikasi kepada semua pihak betapa pentingnya amalan akhlak dalam meningkatkan kecerdasan emosi pelajar. Oleh itu, program-program berkaitan memupuk penghayatan akhlak dan kecerdasan haruslah dilaksanakan dengan lebih banyak dan efisyen.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-09-24

How to Cite

Mohamad Khairi Haji Othman, & Fazira Rokman. (2024). HUBUNGAN ANTARA PENGHAYATAN AKHLAK DENGAN KECERDASAN EMOSI DALAM KALANGAN MURID SEKOLAH MENENGAH . INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 8(50). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/3657