GAYA ASUHAN IBU BAPA BERPENDAPATAN RENDAH TERHADAP GEJALA PONTENG DALAM KALANGAN MURID SEKOLAH MENENGAH
Abstract
Tujuan utama kajian ini adalah mengkaji pengaruh gaya asuhan ibu bapa terhadap gejala ponteng sekolah dalam kalangan murid sekolah menengah di negeri Perlis. Sejumlah N=303 (lelaki, n=142 dan perempuan, n=161) murid dari 13 buah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) telah mengambil bahagian dalam kajian ini. Sampel kajian terdiri daripada mereka yang mencatatkan kehadiran ke sekolah di bawah min 83.24 peratus kehadiran untuk tempoh setahun (Mac 2022 – Februari 2023). Selain itu, ibu bapa mereka adalah berpendapatan rendah (B40). Instrumen kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah set soal selidik PAQ (Parental Authority Question). Statistik deskriptif iaitu kekerapan, peratus, min dan sisihan piawai digunakan untuk menganalisis jantina dan tahap bagi setiap gaya asuhan ibu bapa. Statistik inferensi iaitu regresi linear berganda digunakan untuk menganalisis gaya asuhan ibu bapa yang paling dominan dan signifikan terhadap gejala ponteng sekolah. Dapatan menunjukkan gaya asuhan autoritarian berada pada tahap tinggi (M=3.47, SP=0.66) adalah lebih dominan berbanding gaya asuhan autoritatif pada tahap sederhana (M=2.76, SP=0.68) dan gaya asuhan permisif pada tahap rendah (M=2.33, SP=0.75). Dalam pada itu, analisis regresi linear berganda mendapati bahawa gaya asuhan ibu bapa autoritatif (r=0.68) dan gaya asuhan permisif (r=0.86) mempunyai hubungan yang kuat serta signifikan dengan gejala ponteng sekolah. Sebaliknya, hubungan pemboleh ubah bersandar iaitu ponteng dengan pemboleh ubah bebas gaya asuhan autoritarian menunjukkan hubungan negatif yang lemah (r=0.29). Dengan demikian, pihak sekolah khususnya Kementerian Pendidikan Malaysia perlu mengambil kira faktor ibu bapa di dalam merancang segala program atau intervensi pencegahan gejala ponteng dalam kalangan murid sekolah.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2024-09-24
How to Cite
Liza Saad, Nizam Hamid, Noraidah Sani, & Ummu Athilia Kamal. (2024). GAYA ASUHAN IBU BAPA BERPENDAPATAN RENDAH TERHADAP GEJALA PONTENG DALAM KALANGAN MURID SEKOLAH MENENGAH. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 8(50). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/3660
Issue
Section
Articles