CABARAN GURU DALAM PELAKSANAAN PENGAJARAN ANAK-ANAK ASNAF
Abstract
Pengajaran anak-anak asnaf merupakan aspek penting dalam pendidikan yang bertujuan memenuhi keperluan pendidikan dan pembangunan holistik bagi golongan yang memerlukan bantuan. Guru-guru memainkan peranan utama dalam menjalankan tanggungjawab ini. Namun, kajian tentang cabaran yang dihadapi oleh guru dalam pengajaran anak-anak asnaf ini masih terlalu kurang dilaksanakan di Malaysia. Sehubungan dengan itu, tujuan kajian ini adalah untuk menganalisis cabaran yang dihadapi oleh guru dalam pengajaran anak-anak asnaf dari aspek kaedah pengajaran dan penggunaan sumber semasa pelaksanaan pengajaran. Kajian kuantitatif ini menggunakan persampelan secara rawak yang melibatkan enam puluh orang guru yang terlibat secara langsung dalam pengajaran anak-anak asnaf. Kaedah yang digunakan bagi menganalisis data ialah deskriptif serta Ujian t. Analisis deskriptif digunakan untuk menganalisis dua elemen cabaran guru melalui 5 item soal selidik yang dijawab oleh guru. Manakala analisis ujian t akan menjelaskan keperluan guru terhadap penambahbaikan sumber dan kaedah pengajaran. Dapatan kajian menunjukkan lebih dari 70% (n=42) peserta kajian berdepan dengan cabaran dari aspek sumber pengajaran. Meskipun begitu, lebih dari 60% (n=36) peserta kajian telah mencuba sedaya upaya untuk memastikan ketersediaan, penggunaan dan kesesuaian bahan sumber pengajaran yang digunakan di dalam kelas dan senantiasa merujuk kepada pakar yang dapat membantu memperbaiki pengajaran mereka. Implikasinya, kajian ini berjaya memaparkan realiti cabaran yang dialami oleh guru dalam mengajarkan anak-anak asnaf. Laporan dan cadangan daripada kajian ini dapat menjadi panduan kepada pihak pengurusan zakat dalam usaha menyokong dan memperkuat kapasiti guru dalam memberikan pendidikan yang berkualiti kepada anak-anak asnaf.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2024-09-24
How to Cite
Ernie Adnan, Roziah Ramli, Naziroh Ibrahim, & Masni Jamin. (2024). CABARAN GURU DALAM PELAKSANAAN PENGAJARAN ANAK-ANAK ASNAF. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 8(50). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/3661
Issue
Section
Articles