KECICIRAN PENDIDIKAN DALAM KALANGAN ANAK-ANAK ASNAF: KAJIAN KES SEKOLAH RENDAH DI NEGERI PERLIS

Authors

  • Nor Adli Che Muda Jabatan Ilmu Pendidikan, IPG Kampus Perlis, Perlis, Malaysia
  • Ismail Said Jabatan Ilmu Pendidikan, IPG Kampus Perlis, Perlis, Malaysia
  • Rashidi Hamzah Jabatan Ilmu Pendidikan, IPG Kampus Perlis, Perlis, Malaysia
  • Mohd Fadzil Mohd Salleh Jabatan Ilmu Pendidikan, IPG Kampus Perlis, Perlis, Malaysia

Abstract

Pendidikan merupakan suatu yang sangat penting kepada setiap insan. Setiap orang kanak-kanak berhak untuk mendapat peluang belajar. Kerajaan Malaysia telah menekankan akses kepada pendidikan untuk semua dan telah mencadangkan pelbagai garis panduan dan matlamat pendidikan untuk merapatkan jurang pendidikan, pengeluaran dan kemahiran merentasi semua sektor sejak penubuhan Malaysia. Tindakan kerajaan adalah untuk memastikan semua kanak-kanak, tanpa mengira jantina, etnik, latar belakang sosio-ekonomi, atau lokasi, mendapat akses dan menamatkan pendidikan rendah. Masalah dalam pendidikan terutama masalah keciciran dalam kalangan pelajar sering berlaku. Justeru itu kajian ini cuba melihat masalah keciciran pendidikan dalam kalangan golongan asnaf miskin dan fakir. Penyelidikan berbentuk kajian kes digunakan dalam penyelidikan ini. Data diperolehi melalui temu bual, pemerhatian dan penelitian dokumen tertentu yang berkaitan. Data dianalisis secara desriptif. Dapatan kajian menunjukkan beberapa sebab berlakunya keciciran dalam kalangan pelajar daripada golongan asnaf miskin ini, antaranya ialah faktor keluarga, personaliti, faktor luaran dan pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Kesan ketara daripada permasalan ini ialah ketiadaan peluang mereka menyambung pelajaran. Langkah memberi bantuan oleh agensi berkenaan seperti Baitulmal mampu membangun semua golongan ini.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-09-24

How to Cite

Nor Adli Che Muda, Ismail Said, Rashidi Hamzah, & Mohd Fadzil Mohd Salleh. (2024). KECICIRAN PENDIDIKAN DALAM KALANGAN ANAK-ANAK ASNAF: KAJIAN KES SEKOLAH RENDAH DI NEGERI PERLIS. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 8(50). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/3663