PENGURUSAN PENDIDIKAN KANAK-KANAK PELARIAN ROHINGYA DI MALAYSIA: ISU DAN CABARAN

Authors

  • Aida Zahirah Samsudin Research Center for Arabic Language and Islamic Civilization, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi,
  • Napisah Karimah Ismail Research Center for Arabic Language and Islamic Civilization, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi,

Abstract

Isu pendidikan terus membelenggu kehidupan pelarian Rohingya di Malaysia. Hal ini terpaksa dihadapi sejak dari awal kedatangan mereka sehingga kini memasuki generasi ketiga etnik ini berikutan mereka tidak berpeluang mengikuti sistem pendidikan formal di Malaysia. Hal ini akan memberi impak kepada pembangunan modal insan generasi ini sekiranya ia terus dipinggirkan dan tidak diberi jalan penyelesaian segera. Justeru kajian ini bertujuan mengenal pasti latar belakang pendidikan kanak-kanak Rohingya di Malaysia, khususnya di pusat pendidikan alternatif dan menganalisis cabaran yang dihadapi oleh pusat pendidikan berkenaan dalam mengurus pendidikan kepada kanak-kanak Rohingya di Malaysia. Kajian kualitatif ini menggunakan kaedah temu bual kumpulan fokus di enam buah pusat pendidikan alternatif terpilih sebagai kaedah pengumpulan data. Kajian mendapati bahawa kerajaan Malaysia membenarkan pihak-pihak berkepentingan menyalurkan bantuan dan perlindungan kepada pelarian atas dasar kemanusiaan termasuk menguruskan pendidikan pelarian, meskipun Malaysia tidak meratifikasikan Konvensyen Status Pelarian 1951 dan Protokol 1967. Pengoperasiaan pusat pendidikan alternatif adalah antara usaha yang digerakkan bagi membantu golongan pelarian yang membanjiri Malaysia. Walau bagaimanapun pusat-pusat ini terpaksa berdepan dengan pelbagai cabaran yangQ antaranya kelemahan urus tadbir dan kawal selia, ketidakselarasan kurikulum yang diguna pakai, kekurangan dana kewangan, kesukaran menguruskan kanak-kanak Rohingya yang tamat persekolahan serta keterikatan dengan perundangan Malaysia. Sehubungan itu, perancangan yang komprehensif dan sinergi kesemua pihak diperlukan termasuk kerajaan, organisasi bukan kerajaan (NGO), masyarakat tempatan serta komuniti Rohingya bagi menambah baik pengurusan pendidikan dan menyokong usaha memperkasakan pendidikan kanak-kanak Rohingya di Malaysia.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-09-24

How to Cite

Aida Zahirah Samsudin, & Napisah Karimah Ismail. (2024). PENGURUSAN PENDIDIKAN KANAK-KANAK PELARIAN ROHINGYA DI MALAYSIA: ISU DAN CABARAN. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 8(50). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/3666