ANALISIS TERJEMAHAN MELAYU BERKAITAN EMOSI SEDIH DALAM MAJDULIN KARYA AL-MANFALUTI

Authors

  • Wan Moharani Mohammad Fakulti Pengajian Bahasa Utama, Universiti Sains Islam Malaysia
  • Nurhasma Muhamad Saad Fakulti Pengajian Bahasa Utama, Universiti Sains Islam Malaysia
  • Muhammad Marwan Ismail Fakulti Pengajian Bahasa Utama, Universiti Sains Islam Malaysia

Abstract

Karya sastera antara lainnya merupakan luahan perasaan seorang sasterawan. Justeru luahan perasaan atau emosi banyak diperhatikan dalam hasil sastera. Terjemahan unsur emosi dalam karya sastera pula memerlukan usaha yang gigih dan pemerhatian yang teliti bagi menyampaikan maksud penulis asal ke bahasa sasaran. Novel Majdulin karya Mustafa Lufti al-Manfaluti, seorang sasterawan Arab moden terkemuka berjaya mempersembahkan pelbagai unsur emosi kepada pembaca. Al-Manfaluti dikenali sebagai al-Adib al-Hazin (sasterawan sedih). Artikel ini bertujuan menganalisis terjemahan Melayu berkaitan emosi sedih yang terdapat dalam novel tersebut. Artikel ini berteraskan kajian kualitatif, analisis deskriptif dan bandingan. Sampel kajian adalah terjemahan Melayu bagi teks terpilih berkaitan dengan emosi sedih dalam novel tersebut. Artikel ini antara lainnya, memanfaatkan pandangan sarjana Islam berkenaan emosi sedih serta prosedur terjemahan Vinay Darbelnet. Didapati bahawa pelbagai prosedur terjemahan dapat dilihat dalam terjemahan berkaitan emosi tersebut dalam novel ini. Diharapkan agar terjemahan sastera mengambil manafaat daripada prosedur terjemahan sebegini khususnya dalam penterjemahan berkaitan aspek emosi sedih.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-09-24

How to Cite

Wan Moharani Mohammad, Nurhasma Muhamad Saad, & Muhammad Marwan Ismail. (2024). ANALISIS TERJEMAHAN MELAYU BERKAITAN EMOSI SEDIH DALAM MAJDULIN KARYA AL-MANFALUTI. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 8(50). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/3667