PEMBENTUKAN AKHLAK MULIA MURID SEKOLAH RENDAH MELALUI PEMBELAJARAN KHIDMAT MASYARAKAT DALAM PENDIDIKAN MORAL. SATU KAJIAN KES
Abstract
Artikel ini membincangkan rasional memperkenalkan aktiviti khidmat masyarakat sebagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran (PdP) dalam Pendidikan Moral di sekolah rendah. Seramai enam orang peserta kajian yang terdiri daripada murid Tahun 5 daripada SJKT Somasundram, Daerah Kuala Muda, Negeri Kedah yang terlibat secara langsung dalam kajian ini. Kaedah kualitatif dengan menggunakan rekabentuk kajian kes telah digunakan dalam pengumpulan data. Dapatan kajian diperolehi melalui protokol temu bual, pemerhatian dan penelitian dokumen. Dapatan kajian menunjukkan bahawa program khidmat masyarakat yang diselitkan melalui PdP Pendidikan Moral membentuk tingkahlaku murid berakhlak mulia dengan penerapan ketiga-tiga domain moral yang merangkumi penakulan moral, emosi moral dan perlakuan moral secara seimbang. Program khidmat masyarakat dicadangkan sebagai komponen baharu yang diselitkan dalam matapelajaran Pendidikan Moral sekolah rendah supaya proses PdP dijalankan dengan mantap yang dapat memperkaya pengetahuan, meningkatkan kemahiran berkomunikasi serta memperkasakan pembentukan akhlak mulia.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2024-09-24
How to Cite
Ramasamy Munusamy, & Vasanthan Gurusamy. (2024). PEMBENTUKAN AKHLAK MULIA MURID SEKOLAH RENDAH MELALUI PEMBELAJARAN KHIDMAT MASYARAKAT DALAM PENDIDIKAN MORAL. SATU KAJIAN KES. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 8(50). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/3669
Issue
Section
Articles