APLIKASI KONSEP 6C DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN GURU-GURU PENDIDIKAN MORAL SJKT DAERAH KUALA MUDA
Abstract
Penerimaan ciri-ciri pembelajaran abad ke-21 (PAK21) dalam kalangan guru-guru Pendidikan Moral di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) di Daerah Kuala Muda didapati masih ditahap rendah terutama aplikasi 6C. Justeru, kajian ini bertujuan meninjau aplikasi konsep 6C dalam kalangan guru-guru Pendidikan Moral di SJKT di Daerah Kuala Muda. Reka bentuk kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan menggunakan persampelan bertujuan (purposive sampling). Data soal selidik diperoleh daripada soal selidik yang telah diemelkan dalam Google Forms kepada 6 orang peserta kajian yang dipilih. Peserta kajian dapat akses soal selidik melalui link yang diberi menerusi Whatsapp. Selain soal selidik, penyelidik juga menggunakan kaedah pemerhatian, analisis dokumen dan transkripsi perbualan melalui voice chat. Analisis data menunjukkan aplikasi konsep 6C dalam kalangan peserta kajian berada ditahap yang sederhana. Cuma 3 orang peserta kajian menguasai kemahiran kompetensi 6C di tahap yang baik dan baki 3 orang masih ditahap rendah. Walaupun begitu pihak KPM masih ada ruang untuk penambahbaikan aplikasi 6C dalam kalangan guru-guru Pendidikan Moral di SJKT di Daerah Kuala Muda melalui Kursus Pembangunan Profesional. Penyelidik berpeluang untuk membuat kajian impak latihan terhadap aplikasi 6C.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2024-09-24
How to Cite
Ramasamy Munusamy, & Vasanthan Gurusamy. (2024). APLIKASI KONSEP 6C DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN GURU-GURU PENDIDIKAN MORAL SJKT DAERAH KUALA MUDA. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 8(50). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/3670
Issue
Section
Articles