PERSPEKTIF MAHASISWA TERHADAP KAWASAN RUKUN TETANGGA (KRT) DALAM MEMBENTUK KEMAHIRAN KEPIMPINAN
Abstract
Kawasan Rukun Tetangga (KRT) telah wujud di Malaysia sejak tahun 1975. Sejak pernubuhannya, KRT berperanan untuk menjaga keselamatan komuniti setempat dan telah mengalami fasa perubahan iaitu menjadi sebuah medium kesepaduan dalam kalangan masyarakat pelbagai etnik melalui aktiviti yang dianjurkan. Dalam hal ini, mahasiswa merupakan kelompok yang sering terkait dengan aktiviti yang dianjurkan oleh KRT dalam membentuk kemahiran kepimpinan. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti perspektif mahasiswa terhadap KRT tempat kediaman mereka sendiri dalam membentuk kemahiran kepimpinan. Oleh itu, satu set soal selidik dijalankan sebagai instrumen kajian yang melibatkan sampel kajian seramai 120 orang mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Data telah dianalisis dengan menggunakan perisian komputer Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 23.0. Hasil mendapati tahap persetujuan dalam kalangan mahasiswa terhadap kemahiran kepimpinan. adalah tinggi yang mana min keseluruhan adalah 4.08. Hal ini mendapati bahawa masih wujud kesedaran terhadap kepentingan kemahiran kepimpinan dalam kalangan mahasiswa. Bagi memastikan kesan pelaksanaan aktiviti KRT terhadap pengukuhan kemahiran kepimpinan di kawasan petempatan penduduk terus berjalan dengan jayanya, semua pihak harus berganding bahu dan bersatu padu dalam menggiatkan lagi pelaksanaan aktiviti KRT.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2024-09-24
How to Cite
Siti Afifah Kamaruzaman, & Khairul Ghufran Kaspin. (2024). PERSPEKTIF MAHASISWA TERHADAP KAWASAN RUKUN TETANGGA (KRT) DALAM MEMBENTUK KEMAHIRAN KEPIMPINAN. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 8(51). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/3673
Issue
Section
Articles