KEBERKESANAN LATARBELAKANG PENASIHAT AKADEMIK DAN PENCAPAIAN PELAJAR: KAJIAN KES DI POLITEKNIK TUANKU SULTANAH BAHIYAH
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti latar belakang penasihat akademik yang dikaitkan dengan pencapaian akademik pelajar. Kajian ini menentukan sama ada jantina, gred, tempoh perkhidmatan, tahap pendidikan, jumlah pensijilan akademik serta penglibatan dalam jawatan pengurusan dapat meningkatkan pencapaian akademik pelajar. Dapatan kajian ini secara signifikan mengenal pasti bahawa pencapaian akademik pelajar boleh dipengaruhi oleh beberapa ciri yang terdapat pada seseorang penasihat akademik iaitu tempoh perkhidmatan, tahap pendidikan tertinggi, bilangan pensijilan akademik, dan penglibatan dalam jawatan pengurusan. Kajian ini mencadangkan bahawa terdapat keperluan untuk mengurus keperluan sumber manusia yang berkaitan dengan penasihat akademik diberi penekanan yang sewajarnya. Penyelidikan berkaitan keperluan khidmat nasihat akademik seperti peningkatan kerjaya dan pembangunan kompetensi diharapkan dapat membolehkan penasihat akademik menjalankan tugas-tugas hakiki dan sampingan serta khidmat nasihat akademik dengan berkesan dan seterusnya mengekalkan pencapaian akademik pelajar pada tahap yang memuaskan.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2024-09-24
How to Cite
Mohd Zamre Ab Rahman, Mohd Faizal Jamaludin, & Mohd Fahmee Bahaudin. (2024). KEBERKESANAN LATARBELAKANG PENASIHAT AKADEMIK DAN PENCAPAIAN PELAJAR: KAJIAN KES DI POLITEKNIK TUANKU SULTANAH BAHIYAH. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 8(51). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/3683
Issue
Section
Articles