HUBUNGAN ANTARA LITERASI KEWANGAN, PENGARUH IBU BAPA DAN KAWALAN DIRI DENGAN SIKAP MENABUNG PELAJAR UNIVERSITI
Abstract
Kajian lepas menunjukkan bahawa literasi kewangan dan sikap menabung dalam kalangan pelajar universiti masih rendah dan ramai mahasiswa menghadapi masalah kewangan kerana tidak mempunyai sebarang simpanan. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji amalan menabung dalam kalangan pelajar universiti di Malaysia. Objektif utama kajian ini adalah mengkaji hubungan antara literasi kewangan, pengaruh ibu bapa dan kawalan diri dengan sikap menabung pelajar universiti. Data secara tinjauan dikutip daripada sampel berjumlah 377 orang pelajar universiti awam. Data dianalisis menggunakan statistik inferensi iaitu analisis korelasi. Dapatan kajian menunjukkan bahawa responden mempunyai tahap literasi kewangan, pengaruh ibu bapa, kawalan diri dan sikap menabung yang tinggi. Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat hubungan positif yang signifikan antara tahap literasi kewangan, pengaruh ibu bapa dan kawalan diri dengan sikap menabung. Kajian ini menambah kepada literatur dengan mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi amalan menabung dan memberikan input kepada pihak universiti dan ibu bapa terutamanya bagi membina amalan menabung yang baik dalam kalangan pelajar. Pengetahuan kewangan perlu diterapkan dalam diri anak-anak sejak dari sekolah agar mereka mempunyai literasi kewangan yang baik dan seterusnya membolehkan mereka mengurus kewangan dengan berkesan.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2024-09-24
How to Cite
Rusliza Yahaya, Noor Lela Ahmad, Suzyanty Mohd Shokory, & Mohamad Ali Roshidi Ahmad. (2024). HUBUNGAN ANTARA LITERASI KEWANGAN, PENGARUH IBU BAPA DAN KAWALAN DIRI DENGAN SIKAP MENABUNG PELAJAR UNIVERSITI. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 8(51). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/3690
Issue
Section
Articles