PEMIKIRAN HATTA AZAD KHAN DALAM SINOGRAFI PERSEMBAHAN TEATER TRADISIONAL MAKYUNG DI MALAYSIA
Abstract
Kepelbagaian kaum dan budaya di Malaysia setiap satunya mempunyai keistimewaan dan kisah disebaliknya yang tersendiri. Salah satunya adalah persembahan teater tradisional Makyung yang berasal dari Pattani ketika itu merupakan sebahagian daripada negeri Kelantan sebelum perang Siam-Pattani tahun 1785. Persembahan Makyung merupakan persembahan yang menggabungkan unsur-unsur lakonan, muzik, komedi dan tarian. Makalah ini membincangkan Pemikiran Hatta Azad Khan dalam Sinografi Persembahan Teater Tradisional Mayung di Malaysia. Objektif kajian ini adalah mengenal pasti elemen sinografi yang digunakan dalam persembahan Makyung, menganalisis elemen-lemen sinografi yang diketengahkan oleh Hatta Azad Khan dalam persembahan teater tradisional Makyung dan merumuskan kepentingan elemen-elemen sinografi dalam kelangsungan persembahan teater tradisional Makyung. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif. Ia terdiri daripada beberapa langkah kajian daripada proses penyelidikan kepustakaan dengan pengumpulan data dan kajian literatur menerusi pembacaan rapi dan melakukan kajian lapangan bersama Hatta Azad Khan. Kajian ini berfokuskan kepada pemikiran beliau yang mempunyai kepakaran dalam bidang sinografi teater. Hasil kajian ini akan melihat elemen-elemen sinografi di dalam persembahan teater tradisional Makyung di Malaysia iaitu tatarias, set dan prop, tata cahaya, tata bunyi, dan teknologi baharu. Dalam jangka masa panjang kajian dalam sinografi ini dapat diteruskan dan dimanfaatkan datang kerana elemen sinografi ini mengalami perubahan mengikut arus pemodenan zaman sesuai dengan citarasa masyarakat.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2024-09-24
How to Cite
Muhammad Affizy Shaari, & Yusmilayati Yunos. (2024). PEMIKIRAN HATTA AZAD KHAN DALAM SINOGRAFI PERSEMBAHAN TEATER TRADISIONAL MAKYUNG DI MALAYSIA. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 8(51). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/3698
Issue
Section
Articles