KESAN PENDEKATAN ISU SOSIOSAINTIFIK BERBANTUKAN PETA PEMIKIRAN RODA TERHADAP SIFAT INGIN TAHU TERHADAP STEM DALAM KALANGAN MURID TAHUN LIMA
Abstract
Kajian ini dijalankan untuk mengkaji kesan pendekatan isu sosiosaintifik berbantukan peta pemikiran roda (PISPP) terhadap sifat ingin tahu terhadap STEM, konstruk Penerokaan dan Penerimaan. Satu modul pengajaran dan pembelajaran dibina sebagai panduan kepada guru dalam melaksanakan kaedah PISPP dalam meningkatkan sifat ingin tahu dalam kalangan murid Tahun Lima. Kajian kuantitatif berbentuk kuasi eksperimental dilaksanakan ke atas 345 murid Tahun Lima di sekolah rendah bandar di Tawau, Sabah. Sebanyak tiga kumpulan dibahagikan secara rawak iaitu i) Kaedah Berasaskan Pendekatan Isu Sosiosaintifik Berbantukan Peta Pemikiran Roda (PISPP, n=115), ii) Kaedah Pendekatan Isu Sosiosaintifik (PIS, n=115) dan iii) Kaedah Konvensional (KONV, n=115). Instrumen Soal Selidik Sifat Ingin Tahu terhadap STEM dibangunkan untuk mengukur tahap sifat ingin tahu terhadap STEM. Data analisis dilaksanakan menggunakan MANCOVA, ANCOVA, dan Saiz Kesan. Hasil analisis MANCOVA menunjukkan terdapat kesan yang signifikan merentasi ketiga-tiga kumpulan kaedah pengajaran dan pembelajaran bagi sifat ingin tahu terhadap STEM. Sementara itu, hasil analisis ANCOVA telah menunjukkan terdapat kesan yang signifikan kaedah PISPP berbanding kaedah PIS dan KONV terhadap sifat ingin tahu terhadap STEM, konstruk Penerokaan dan Penerimaan. Dapatan kajian ini membuktikan bahawa modul PISPP memberikan impak positif terhadap pemupukan sifat ingin tahu murid terhadap STEM.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2024-09-24
How to Cite
Jamilah Ahmad, & Nyet Moi Siew. (2024). KESAN PENDEKATAN ISU SOSIOSAINTIFIK BERBANTUKAN PETA PEMIKIRAN RODA TERHADAP SIFAT INGIN TAHU TERHADAP STEM DALAM KALANGAN MURID TAHUN LIMA. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 8(52). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/3701
Issue
Section
Articles