AMALAN PENAMBAHBAIKAN SEKOLAH DI SEKOLAH MENENGAH: PERSPEKTIF PEMIMPIN GURU

Authors

  • Nur Afiqah Mohamad Rabi Pusat Pengajian Pendidikan, Universiti Utara Malaysia, Sintok
  • Mua’azam Mohamad Pusat Pengajian Pendidikan, Universiti Utara Malaysia, Sintok

Abstract

Pembangunan bidang pendidikan menjadi keutamaan dalam negara demokrasi yang maju sebagaimana ia memainkan peranan penting dalam perkembangan ekonomi dan pembangunan sesebuah negara. Dalam pada itu, perkembangan pendidikan yang berlaku kini menjurus kepada memberi keutamaan dalam aspek penambahbaikan sekolah. Tujuan kajian ini adalah untuk meninjau pandangan dari pemimpin guru tentang tahap amalan penambahbaikan sekolah dan kemungkinan kebolehubahan pandangan pemimpin guru dari aspek jantina dan pengalaman kerja. Instrumen yang digunakan ialah soal selidik penambahbaikan sekolah yang dibangunkan oleh Webb dan Pajares pada tahun 1996. Data yang diperolehi dari pensampelan rawak mudah yang melibatkan seramai 150 orang yang dipilih sebagai subjek responden di daerah Baling Kedah dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan inferensi menerusi program SPSS versi 26. Dapatan kajian menunjukkan tahap pengamalan penambahbaikan sekolah yang tinggi dalam kalangan pemimpin guru secara keseluruhan. Selanjutnya, dapatan kajian turut menunjukkan bahawa aspek jantina dan pengalaman kerja tidak mempunyai perbezaan yang signifikan ke atas tahap amalan penambahbaikan sekolah. Kajian ini memberikan beberapa cadangan khususnya dalam kalangan pemimpin guru bagi membawa kejayaan dalam mempraktikkan amalan penambahbaikan sekolah.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-09-24

How to Cite

Nur Afiqah Mohamad Rabi, & Mua’azam Mohamad. (2024). AMALAN PENAMBAHBAIKAN SEKOLAH DI SEKOLAH MENENGAH: PERSPEKTIF PEMIMPIN GURU. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 8(52). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/3704