PENGGUNAAN KAEDAH PENGGANDA PENANDA ARAS BAGI MENENTUKAN POPULASI PENGGUNA DADAH DI MALAYSIA

Authors

  • Mohamad Salleh Abdul Ghani Jabatan Pembangunan Manusia dan Pengajian Keluarga, Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malays
  • Hafidah Mohd@Maasom Agensi Antidadah Kebangsaan Malaysia, Kementerian Dalam Negeri, Jalan Maktab Perguruan Islam, 43000
  • Ravi Ramadah Agensi Antidadah Kebangsaan Malaysia, Kementerian Dalam Negeri, Jalan Maktab Perguruan Islam, 43000
  • Mohd Syazrin Mohd Sakri Agensi Antidadah Kebangsaan Malaysia, Kementerian Dalam Negeri, Jalan Maktab Perguruan Islam, 43000
  • Siti Badariah Ismi Che Berahim Agensi Antidadah Kebangsaan Malaysia, Kementerian Dalam Negeri, Jalan Maktab Perguruan Islam, 43000
  • Mohd Nazri Hashim Agensi Antidadah Kebangsaan Malaysia, Kementerian Dalam Negeri, Jalan Maktab Perguruan Islam, 43000
  • Noor Amirah Hidayah Azmi Agensi Antidadah Kebangsaan Malaysia, Kementerian Dalam Negeri, Jalan Maktab Perguruan Islam, 43000
  • Intan Suraya Zainol Agensi Antidadah Kebangsaan Malaysia, Kementerian Dalam Negeri, Jalan Maktab Perguruan Islam, 43000

Abstract

Isu penyalahgunaan dadah di peringkat global menunjukkan peningkatan dalam permintaan dan penawaran. Walau bagaimanapun, statistik tahunan yang dikeluarkan oleh Agensi Antidadah Kebangsaan menunjukkan berlakunya penurunan pengguna dadah yang dikesan berbanding tahun sebelumnya. Faktor utama penurunan adalah disebabkan oleh usaha kerajaan dalam membendung penularan pandemik COVID-19 pada tahun berkenaan. Anggaran yang kurang tepat populasi pengguna dadah menyebabkan dasar dan strategi dirancang bagi menangani isu ini kurang berkesan. Oleh yang demikian, objektif utama kajian ini adalah untuk menganggar populasi pengguna dadah belia sebagai segmen umur terbesar pengguna dadah di Malaysia menggunakan kaedah pengganda penanda aras. Data daripada pangkalan data AADK digunakan sebagai penanda aras, dan data sekunder daripada kajian prevalens tahun 2020 digunakan sebagai pengganda. Dapatan kajian menunjukkan dianggarkan kira-kira 654,000 individu berumur antara 15 dan 39 menggunakan dadah pada tahun 2021. Perbandingan mengikut negeri pula menunjukkan Selangor sebagai negeri tertinggi mempunyai jumlah pengguna dadah, dengan dianggarkan 133,000 individu terlibat dalam penggunaan dadah. Sabah berada dikedudukan kedua tertinggi, iaitu anggaran seramai 91,000 pengguna dadah, manakala Johor berada pada kedudukan ketiga, dengan kira-kira 73,000 pengguna dadah di negeri berkenaan. Usaha menangani isu penyalahgunaan bahan perlu ditingkatkan berdasarkan anggaran daripada kajian ini. Anggaran ini berguna sebagai asas kepada penyelidikan akan datang dalam menganggar populasi pengguna dadah atau populasi tersembunyi lain.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-09-24

How to Cite

Mohamad Salleh Abdul Ghani, Hafidah Mohd@Maasom, Ravi Ramadah, Mohd Syazrin Mohd Sakri, Siti Badariah Ismi Che Berahim, Mohd Nazri Hashim, Noor Amirah Hidayah Azmi, & Intan Suraya Zainol. (2024). PENGGUNAAN KAEDAH PENGGANDA PENANDA ARAS BAGI MENENTUKAN POPULASI PENGGUNA DADAH DI MALAYSIA. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 8(52). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/3709