ANALISIS KEPERLUAN PEMBANGUNAN KERANGKA LITERASI MEMBACA TEKS BAHASA ARAB BERBANTUKAN TEKNOLOGI AUGMENTASI REALITI (AR) UNTUK MURID BERKEPERLUAN PENDIDIKAN KHAS (MBK) DI MALAYSIA DALAM KALANGAN IBUBAPA

Authors

  • Saipolbarin Ramli Fakulti Bahasa & Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Malaysia
  • Mohammad Taufiq Abdul Ghani Fakulti Bahasa & Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Malaysia
  • Nur Hanim Hassan Fakulti Bahasa & Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Malaysia

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mendapatkan maklum balas dan maklumat daripada ibu bapa yang mempunyai anak berkeperluan khas bagi tujuan pembangunan kerangka literasi membaca teks bahasa Arab berbantukan teknologi augmentasi realiti (AR). Analisis keperluan ini penting bagi menyediakan maklumat yang jelas untuk pembangunan kerangka literasi agar kerangka yang dibangunkan bertepatan dengan keperluan murid dan dapat membantu menyelesaikan sebarang kebarangkalian permasalahan yang wujud. Populasi bagi kajian ini merangkumi ibu bapa yang mempunyai anak yang bersekolah di Program Pendidikan Khas (PPK), Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI), dan Program Inklusif pada peringkat umur 7 hingga 12 tahun. MBK dalam kajian ini hanya tertumpu kepada kategori Murid yang mengalami masalah pembelajaran (slow learner). Kajian ini menggunakan teknik persampelan rawak kluster yang melibatkan lima zon di Malaysia. Protokol temu bual separa struktur digunakan bagi tujuan pengumpulan data. Data kualitatif yang diperolehi akan dianilis secara tematik menggunakan perisian ATLAS.ti Terdapat empat tema berkaitan data iaitu (1) keperluan dari aspek prasarana (2) kepakaran dan latihan guru (3) bahan bantu mengajar dan (4) kesesuaian teknologi augmentasi. Analisis data menunjukkan kerangka literasi membaca teks Arab berbantukan teknologi augmentasi diperlukan dengan empat tema yang telah dinyatakan. Selain itu, terdapat cadangan lain dari ibubapa yang boleh digunakan untuk merekabentuk dan membangunankan kerangka literasi membaca ini. Pembangunan kerangka literasi membaca teks bahasa Arab berbantukan teknologi (AR) untuk MBK diharapkan dapat menyediakan suasana yang kondisif untuk persekitaran pembelajaran MBK di Malaysia dan seterusnya dapat bersama-sama membantu pihak berautoriti untuk menyelesaikan masalah keciciran murid-murid berkeperluan pendidikan khas dalam arus pendidikan perdana di Malaysia.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-09-24

How to Cite

Saipolbarin Ramli, Mohammad Taufiq Abdul Ghani, & Nur Hanim Hassan. (2024). ANALISIS KEPERLUAN PEMBANGUNAN KERANGKA LITERASI MEMBACA TEKS BAHASA ARAB BERBANTUKAN TEKNOLOGI AUGMENTASI REALITI (AR) UNTUK MURID BERKEPERLUAN PENDIDIKAN KHAS (MBK) DI MALAYSIA DALAM KALANGAN IBUBAPA. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 8(52). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/3725