ISU PENGUASAAN KOSA KATA BAHASA ARAB PELAJAR UITM DAN APLIKASI MUFRADATI

Authors

  • Muhamad Khairul Anuar Zulkepli Academy of Language Studies, Universiti Teknologi MARA Cawangan Kedah, Malaysia
  • Mohd Zulkhairi Abd Hamid Academy of Language Studies, Universiti Teknologi MARA Cawangan Kedah, Malaysia
  • Burhanuddin Wahab Academy of Language Studies, Universiti Teknologi MARA Cawangan Kedah, Malaysia
  • Ahmad Fauzi Yahaya Academy of Language Studies, Universiti Teknologi MARA Cawangan Kedah, Malaysia
  • Norhayuza Mohamad Academy of Language Studies, Universiti Teknologi MARA Cawangan Kedah, Malaysia

Abstract

Penguasaan kosa kata bahasa Arab merupakan elemen utama untuk memahami bahasa tersebut. Kelemahan perbendaharaan kata dikaitkan dengan kelemahan kosa kata. Malah, isu penguasaan kosa kata bahasa Arab merupakan isu tradisi yang dibangkitkan oleh pengkaji terdahulu dan ia berterusan sehingga kini. Perkara ini juga dilihat berlaku di institusi pengajian tinggi khususnya di UiTM Kedah khususnya. Dalam usaha menangani masalah ini, ia memerlukan satu langkah untuk merungkaikan isu perbendaharaan kata pelajar dan mencari jalan penyelesaian untuk membantu mengatasi masalah tersebut. Justeru, kajian ini bertujuan untuk menghuraikan isu penguasaan kosa kata bahasa Arab dalam kalangan pelajar UiTM Kedah dan mewujudkan satu platfom khas pembelajaran kosa kata. Kajian ini berasaskan pendekatan kuantitatif menggunakan soal selidik sebagai instrumen utama pengumpulan data. Seramai 144 orang pelajar merupakan responden dan data yang dikumpul dibincangkan secara deskriptif menggunakan perisian SPSS (Statistical Package for Social Sciences) versi 28. Hasil kajian menunjukkan interpretasi sederhana tinggi terhadap isu penguasaan kosa kata bahasa Arab yang membawa kepada kewujudan platfom kosa kata Arab yang disebut Mufradati. Implikasi kajian ini dapat menjadi sokongan kepada bahan bantu belajar yang boleh dipraktikkan dalam kalangan pelajar.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-09-24

How to Cite

Muhamad Khairul Anuar Zulkepli, Mohd Zulkhairi Abd Hamid, Burhanuddin Wahab, Ahmad Fauzi Yahaya, & Norhayuza Mohamad. (2024). ISU PENGUASAAN KOSA KATA BAHASA ARAB PELAJAR UITM DAN APLIKASI MUFRADATI. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 8(52). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/3726