MODEL TADABUR AL-QURAN BERASASKAN TAFSIRAN ULAMA TERHADAP AYAT 205 SURAH AL-A’RAF DAN AYAT 37 SURAH QAF

Authors

  • Hamdi Rahman Mohd Yaacob Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi MARA, Cawangan Perak, Kampus Seri Iskanda

Abstract

Tadabur merupakan antara ibadat besar dalam Islam kerana fungsinya menyampaikan hamba kepada hidayah Allah SWT. Ia adalah tujuan penurunan al-Quran dan pensyariatan tilawah. Tidak mentadabur al-Quran adalah sebab kaum munafik dan musyrikin di zaman baginda SAW terhalang daripada mendapat hidayah. Walaupun kedudukan tadabur amat penting di dalam Islam, pembangunan kemahiran tadabur al-Quran tidak mendapat tempat yang sewajarnya dalam kurikulum pendidikan Islam. Bahkan penerapan tadabur di institusi tahfiz di Malaysia hanya berada pada tahap yang sederhana. Sehubungan itu, kajian ini bertujuan mencadangkan model praktikal tadabur al-Quran yang bersumberkan daripada al-Quran yang dapat menjelaskan proses bagaimana pelaksanaannya dapat menjayakan objektif tazkiyah dan tahalliyah pelaksanaan ibadah serta membuka hamba kepada makrifatullah. Kajian ini berasaskan pendekatan kualitatif menggunakan analisis dokumen sebagai instrumen kajian. Data kajian dikumpul daripada lebih 30 kitab tafsir melibatkan hasil tafsiran ulama ke atas kandungan ayat 205 surah al-a’raf dan ayat 37 surah qaf dan dianalisa menggunakan kaedah penganalisaan tematik. Dapatan kajian menunjukan proses tadabur melibatkan deria, minda dan hati iaitu melalui aktiviti menghadirkan hati bersama Allah, mendengar secara efektif, berfikir, mentaakul, mengambil iktibar dan khusyuk. Adalah dicadangkan satu kajian lanjutan dijalankan bagi tujuan penerapan model ini di dalam sistem pendidikan Islam khususnya pelaksanaan kurikulum tahfiz di Malaysia.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-09-24

How to Cite

Hamdi Rahman Mohd Yaacob. (2024). MODEL TADABUR AL-QURAN BERASASKAN TAFSIRAN ULAMA TERHADAP AYAT 205 SURAH AL-A’RAF DAN AYAT 37 SURAH QAF. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 8(52). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/3728