DAKWAH SEMASA MUSIBAH BANJIR DI MALAYSIA
Abstract
Musibah banjir yang sering berlaku saban tahun di negara kita menyebabkan usaha dakwah terjejas dan institusi dakwah utama umat Islam seperti masjid dan surau telah dijadikan pusat pemindahan sementara kepada mangsa banjir. Situasi ini mengundang peningkatan gejala sosial dalam masyarakat akibat kurangnya didikan agama seterusnya memberi kesan negatif kepada Indeks Kesejahteraan Rakyat Malaysia (IKRM). Oleh itu, penulisan kertas kerja ini bertujuan untuk menghuraikan konsep dakwah dari perspektif Islam, model-model dakwah teoritikal Islam dan keperluan dakwah Islam semasa musibah banjir di Malaysia. Dapatan kajian mendapati terdapat 10 model dakwah teoritikal Islam yang boleh dijadikan asas pembangunan model dakwah Islam semasa musibah banjir di negara kita khususnya gabungan model bersepadu dengan model atas talian atau media sosial. Ia sesuai dengan perkembangan zaman masyarakat digital yang menjadikan gajet atau peranti moden sebagai keperluan asas dalam kehidupan masa kini. Oleh yang demikian, diharap bahawa dapatan kajian dan model yang dicadangkan ini mampu menjadi salah satu solusi terhadap peningkatan gejala sosial semasa musibah banjir demi melahirkan masyarakat sejahtera selari dengan hasrat kerajaan Malaysia Madani.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2024-09-24
How to Cite
Nik Syadiyah Nasuha Zunnabli, Norazmi Anas, & Mohd Zahirwan Halim Zainal Abidin. (2024). DAKWAH SEMASA MUSIBAH BANJIR DI MALAYSIA. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 8(52). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/3733
Issue
Section
Articles