PSIKOSPIRITUAL NABAWI DALAM KITAB TASAWUF MODEN KARYA BUYA HAMKA
Abstract
Masalah kesihatan mental rakyat Malaysia semakin meruncing saban tahun. Statistik terkini merekodkan Talian Bantuan Perkhidmatan Sokongan Psikososial (MHPSS) meningkat lima (5) kali ganda berbanding tahun 2020. Tinjauan dalam talian menggunakan borang kemurungan, kebimbangan dan tekanan (DASS) menunjukkan bahawa bangsa Melayu beragama Islam merekodkan bilangan yang paling ramai mengisi borang tersebut malahan peratus tertinggi masalah kesihatan mental melibatkan bangsa Melayu. Permasalahan yang berlaku boleh mendorong kepada emosi yang tidak stabil sehingga mengakibatkan penderitaan yang mendalam. Isu kesihatan mental merupakan gangguan psikiatri, suatu sindrom, penyakit klinikal dan isu utama permasalahan kecelaruan mental yang dikaitkan dengan suasana hati, emosi dan perasaan yang negatif. Rawatan kerohanian perlu dilaksanakan seiring dengan rawatan moden di hospital. Oleh itu, penulisan kertas kerja ini bertujuan untuk menghuraikan konsep psikospiritual-psikoterapi Islam dan kaitannya dengan kitab Tasawuf Moden karya Buya Hamka. Dapatan kajian mendapati bahawa elemen psikospiritual yang terdapat dalam kitab Tasawuf Buya Hamka sesuai digunakan sebagai teoritikal psikospiritual nabawi terhadap penyakit mental khususnya umat Islam bagi mencapai kebahagiaan hakiki. Ia merangkumi 13 kaedah pendidikan jiwa yang dinyatakan oleh Buya Hamka sendiri iaitu: (1) Perlu bergaul dengan orang budiman, (2) Sentiasa berfikir, (3) Menjaga syahwat dan marah, (4) Bekerja dengan teratur, (5) Melihat kekurangan diri sendiri, (6) Mengawal marah, (7) Tidak ujub, (8) Tidak bertengkar dan merendahkan orang lain, (9) Jauhi gurau senda berlebihan, (10) Zuhud, (11) Adil, (12) Bersedia bertaubat dan (13) Tidak mungkir janji dan dendam. Oleh yang demikian, diharap bahawa dapatan kajian boleh membantu menangani masalah kesihatan mental Muslim yang memerlukan kepada terapi kejiwaan demi melahirkan masyarakat sejahtera selari dengan hasrat kerajaan Malaysia Madani.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2024-09-24
How to Cite
Anis A’dilah Noor Azaman, Wan Kamal Nadzif Wan Jamil, Norazmi Anas, & Shahril Nizam Zulkipli. (2024). PSIKOSPIRITUAL NABAWI DALAM KITAB TASAWUF MODEN KARYA BUYA HAMKA. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 8(52). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/3734
Issue
Section
Articles