PERSEPSI MASYARAKAT MUSLIM TERHADAP KEPERLUAN APLIKASI ANDROID BAGI MEMPELAJARI MAKNA PERKATAAN DALAM SURAH AL-FATIHAH

Authors

  • Abdulrahman Alosman Jabatan Bahasa dan Kesusasteraan Arab, AHAS KIRKHS, UIAM
  • Mohd Ikhwan Abdullah Jabatan Bahasa dan Kesusasteraan Arab, AHAS KIRKHS, UIAM
  • Nurjannah Hasmad Kulliyyah of Education, IIUM

Abstract

Perkembangan pesat dalam teknologi telah membawa kaedah pengajaran yang konvensional kepada tahap baru yang lebih dikenali sebagai e-learning. Dalam e-learning, pembelajaran tidak semestinya dijalankan di dalam bilik darjah, namun, ianya boleh diadakan melalui pembelajaran mudah alih (mobile learning “m-learning”) yang merentasi sempadan masa dan waktu. Pembelajaran al-Quran tidak terkecuali daripada evolusi pantas ini yang menyaksikan kemunculan pelbagai aplikasi pembelajaran mudah alih berkaitan al-Quran. Melihatkan trend yang semakin meningkat ini, kajian ini bertujuan mengenal pasti persepsi masyarakat Muslim terhadap keperluan aplikasi android pendidikan untuk mempelajari makna perkataan dalam Surah Al-Fatihah. Kaedah deskriptif diguna pakai di mana borang soal selidik diedarkan melalui platform media sosial iaitu WhatsApp. Sebanyak 233 maklum balas telah direkodkan daripada masyarakat muslim pelbagai latar belakang dan 11 bangsa yang berbeza. Hasil kajian menunjukkan bahawa responden mempunyai tahap penerimaan yang tinggi terhadap pembangunan aplikasi android pembelajaran makna perkataan dalam Surah Al-Fatihah. Mereka juga cenderung untuk mendapatkan sebuah aplikasi yang mempunyai pelbagai fungsi dan kaedah penyampaian yang dapat membantu pembelajaran mereka. Hasil kajian ini seterusnya boleh digunakan sebagai asas untuk merekabentuk aplikasi android pembelajaran makna perkataan dalam Surah Al-Fatihah.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-09-24

How to Cite

Abdulrahman Alosman, Mohd Ikhwan Abdullah, & Nurjannah Hasmad. (2024). PERSEPSI MASYARAKAT MUSLIM TERHADAP KEPERLUAN APLIKASI ANDROID BAGI MEMPELAJARI MAKNA PERKATAAN DALAM SURAH AL-FATIHAH. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 8(52). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/3736