SENTUHAN NILAI ADAB DAN AKHLAK YANG TERKANDUNG DALAM KARYA PUISI MELAYU

Authors

  • Khafizatunnisa’ Jaapar Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi MARA, Cawangan Perak, Kampus Seri Iskanda
  • Atiratun Nabilah Jamil Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi MARA, Cawangan Perak, Kampus Seri Iskanda
  • Nurhidayah Muhamad Sharifuddin Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi MARA, Cawangan Perak, Kampus Seri Iskanda
  • Fathiah Fathil Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi MARA, Cawangan Perak, Kampus Seri Iskanda
  • Ahmad Bakhtiar Jelani Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi MARA, Cawangan Perak, Kampus Tapah, 35400
  • Ahmad Firdaus Mohd Noor Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi MARA, Cawangan Perak, Kampus Seri Iskanda
  • Abd Nasir Haji Musa Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi MARA, Cawangan Perak, Kampus Seri Iskanda

Abstract

Kajian ini membincangkan tentang sentuhan nilai-nilai adab dan akhlak yang terkandung dalam karya puisi melayu. Nilai-nilai ini digarap indah dengan menggunakan kaedah metafora atau kiasan langsung serta gabungan unsur alam dan nilai-nilai baik yang menggambarkan budaya masyarakat Melayu. Bentuk-bentuk karya puisi Melayu seperti pantun contohnya merupakan ungkapan nasihat dan panduan yang membentuk jati diri masyarakat pada ketika itu. Sementara peribahasa dan pepatah melayu mengandungi hikmah dan pengalaman lampau berfungsi sebagai suluhan praktikal dalam menghadapi situasi, memperkayakan bahasa di samping mengekalkan nilai-nilai budaya. Terdapat juga karya puisi Melayu yang menitipkan susunan bahasa yang tersirat dan membawakan makna yang halus seperti gurindam. Bentuk puisi seperti gurindam ini selalu digambarkan dalam susunan bahasa yang retorik melalui ungkapan emosi dan perasaan yang mendalam sekaligus memupuk sifat luhur yang sangat tinggi sebagai seorang insan yang berakhlak mulia dan berjiwa hamba. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif yang memberikan tumpuan kepada memahami secara mendalam fenomena dan makna di sebalik nilai-nilai dan karakter yang terkandung dalam karya puisi Melayu. Data dikumpulkan melalui pemerhatian, analisis teks untuk mengenal pasti dan menganalisis corak nilai-nilai budaya dalam karya sastera puisi Melayu. Sehubungan itu, hasil kajian ini dapat menggambarkan tentang peranan karya puisi Melayu dalam membentuk nilai dan karakter masyarakat yang unggul. Dengan kata lain, karya puisi Melayu ini menyumbang kepada peradaban yang tinggi dan pedoman terutama buat generasi masa kini yang berdepan dengan cabaran kemodenan dan globalisasi.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-09-24

How to Cite

Khafizatunnisa’ Jaapar, Atiratun Nabilah Jamil, Nurhidayah Muhamad Sharifuddin, Fathiah Fathil, Ahmad Bakhtiar Jelani, Ahmad Firdaus Mohd Noor, & Abd Nasir Haji Musa. (2024). SENTUHAN NILAI ADAB DAN AKHLAK YANG TERKANDUNG DALAM KARYA PUISI MELAYU . INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 8(52). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/3743