PENGARUH ELEMEN PSIKOLOGI TERHADAP KESEIMBANGAN KERJA DAN KEHIDUPAN DALAM KALANGAN ANGGOTA ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

Authors

  • Rogis Baker Faculty of Defence Studies & Management, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, Malaysia
  • Nur Surayya Mohd Saudi Faculty of Defence Studies & Management, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, Malaysia
  • Haliza Mohd Zahari Faculty of Defence Studies & Management, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, Malaysia
  • Nur Fatinah Husna Mohamad Puzi Faculty of Defence Studies & Management, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, Malaysia
  • Mohd Hamran Mohamad Faculty of Defence Studies & Management, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, Malaysia
  • Noor Azmi Mohd Zainol Faculty of Defence Studies & Management, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, Malaysia
  • Hasimi Sallehudin Faculty of Information Science and Technology, Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia

Abstract

Sejak kebelakangan ini penekanan terhadap aspek keseimbangan kerja dan kehidupan (WLB) semakin mendapat perhatian dalam sektor pekerjaan. Pekerja lebih mementingkan kesejahteraan dalam kehidupan dan cenderung untuk memilih organisasi yang menawarkan fleksibiliti dalam penugasan di tempat kerja. Kecenderungan ini telah menyebabkan konflik antara majikan dan pekerja seterusnya menimbulkan persekitaran psikologi di tempat yang kurang memuaskan. Sejak akhir-akhir ini, isu melibatkan kesihatan mental dalam kalangan pekerja kerap berlaku dan semakin membimbangkan. Masalah sosio-ekonomi, persekitaran kehidupan dan tekanan di tempat kerja adalah antara faktor yang sering memberi kesan terhadap ketidakstabilan psikologi dalam diri pekerja. Objektif utama kajian ini adalah untuk mengenalpasti hubungan antara faktor psikologi iaitu kecerdasan emosi, kemurungan, kebimbangan dan tekanan terhadap WLB. Seramai 2,640 anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di seluruh Malaysia telah terlibat sebagai responden kajian dan telah melengkapkan set soal selidik kajian yang digunakan sebagai instrumen pengukuran dalam kajian ini. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif melalui analisis deksiptif dan menguji kolerasi antara pemboleh ubah sebagai dapatan utama kajian. Hasil kajian ini mendapati dimensi kecerdasan emosi (SEA, OEA, UOE dan ROE) mempunyai hubungan signifikan yang positif terhadap WLB manakala faktor kebimbangan dan tekanan mempunyai hubungan signifikan yang negatif terhadap WLB. Walau bagaimanapun, faktor kemurungan pula didapati tiada hubungan signifikan dengan WLB. Hasil dapatan kajian ini menunjukkan elemen psikologi merupakan aspek yang sangat penting dalam mempengaruhi kesejahteraan dalam kalangan pekerja khususnya anggota tentera. Penerapan ke arah memperkukuhkan ketahanan psikologi dalam diri pekerja melalui program pembangunan dan latihan serta kerohanian perlu diberi perhatian oleh organisasi untuk memperkasakan modal insan dalam organisasi.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-09-24

How to Cite

Rogis Baker, Nur Surayya Mohd Saudi, Haliza Mohd Zahari, Nur Fatinah Husna Mohamad Puzi, Mohd Hamran Mohamad, Noor Azmi Mohd Zainol, & Hasimi Sallehudin. (2024). PENGARUH ELEMEN PSIKOLOGI TERHADAP KESEIMBANGAN KERJA DAN KEHIDUPAN DALAM KALANGAN ANGGOTA ANGKATAN TENTERA MALAYSIA. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 9(53). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/3770