PERKEMBANGAN DAN CORAK PENYELIDIKAN KOMPETENSI PENGAJARAN GURU FIZIK: ANALISIS BIBLIOMETRIK

Authors

  • Samijah Ruwiyah Sekolah Pendidikan, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Teknologi Malaysia, 81310 Johor
  • Fatin Aliah Phang Center for Engineering Education, Universiti Teknologi Malaysia, 81310 Johor Bahru, Johor Malaysia
  • Nor Farahwahidah Abdul Rahman Center for Engineering Education, Universiti Teknologi Malaysia, 81310 Johor Bahru, Johor Malaysia

Abstract

Pendidikan adalah penumpuan utama SDG ke-4, dengan penekanan khusus pada kompetensi pengajaran guru, tidak terkecuali guru fizik. Kajian ini dilakukan untuk mendalami tentang perkembangan dan corak dalam penyelidikan kompetensi pengajaran guru fizik melalui pendekatan analisis bibliometric. Kajian ini melibatkan pengumpulan data dari penerbitan saintifik dengan fokus pada penerbitan berimpak tinggi. SCOPUS digunakan sebagai sumber data utama untuk mengekalkan fokus pada artikel terkini. Dari analisis bibliometrik menunjukkan penumpuan global dalam institusi di Amerika Syarikat, Eropah, dan Asia. Hasil analisis juga menunujukkan tidak ada korelasi antara bilangan penerbitan oleh seorang penulis dengan populariti penulisannya dalam kalangan penyelidik lain. Analisis juga menunjukkan 93.78% artikel yang diterbitkan diklasifikasikan sebagai "Sains Sosial dan Kemanusiaan". Selain itu, perbezaan yang ketara dalam penggunaan kata kunci menunjukkan kepelbagaian strategi dalam penyelidikan berdasarkan lokasi geografi. Implikasi kajian ini dapat membimbing penyelidik baru dalam pemilihan kata kunci yang bersesuaian dengan konteks penyelidikan. Dengan memahami strategi penyelidikan yang pelbagai berdasarkan lokasi, penyelidik dapat memperkaya pendekatan mereka untuk memastikan penyerapan yang lebih luas dan impak yang lebih besar dalam bidang ini. Secara praktikal, hasil kajian ini dapat digunakan untuk merancang program pengembangan guru fizik yang lebih efektif, dengan menyesuaikan pendekatan pengajaran berdasarkan corak global dalam kompetensi pengajaran. Selain itu, pemahaman tentang fokus institusi dan perbezaan geografi dapat membantu dalam pembentukan kerjasama antarbangsa untuk meningkatkan pemahaman dan pengembangan kompetensi pengajaran guru fizik secara holistik.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-09-24

How to Cite

Samijah Ruwiyah, Fatin Aliah Phang, & Nor Farahwahidah Abdul Rahman. (2024). PERKEMBANGAN DAN CORAK PENYELIDIKAN KOMPETENSI PENGAJARAN GURU FIZIK: ANALISIS BIBLIOMETRIK. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 9(53). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/3779