KiPPs DALAM PEMBELAJARAN TOPIK PEMBEZAAN DAN PENGAMIRAN
Abstract
Walaupun telah menghabiskan sebelas tahun dalam sistem Pendidikan Malaysia, ramai pelajar di peringkat matrikulasi diakui memiliki kelemahan dalam mata pelajaran Matematik. Pencapaian akademik pelajar SES dalam subjek matematik kelihatan sederhana mengecewakan. Ini disebabkan oleh cabaran dalam memahami konsep matematik yang membawa kepada prestasi akademik yang rendah. Kajian ini adalah bertujuan mengkaji keberkesanan penggunaan Kipas Pembezaan dan Pengamiran (KiPPs) dalam pembelajaran topik Pembezaan dan Pengamiran di kalangan pelajar SES Kolej Matrikulasi Kelantan. Dalam kajian ini seramai 36 orang pelajar SES daripada Modul I dan Modul 3 Semester II Sesi 2020/2021 dilibatkan. Pengumpulan data dilakukan dengan menggunakan markah TOV, Kuiz 1, Kuiz 2 dan keputusan PSPM II serta pemerhatian semasa proses pembelajaran. Dapatan kajian secara pemerhatian mendapati pelajar lebih aktif untuk menjawab soalan yang dikemukakan oleh pensyarah. Ini menunjukkan bahawa tindakan inovatif yang diambil dalam penyelidikan ini adalah tepat dan berkesan. Pelbagai halangan ditempuhi oleh penyelidik sepanjang menjalankan kajian ini, namun penyelidik merasa cukup berpuas hati apabila melihat para pelajar dengan pencapaian yang rendah dalam kajian ini juga melibatkan diri dan menyatakan keseronokan semasa menjawab soalan-soalan latihan daripada penyelidik. Sehubungan itu, pendekatan yang berbeza diperlukan oleh sesetengah pelajar untuk memahami dan menguasai kemahiran yang akan digunakan dalam proses pembelajaran.Kajian ini perlu dilaksanakan dalam pelbagai aliran dan modul untuk melihat keberkesanan kesuluruhan.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2024-09-24
How to Cite
Siti Rohana Said. (2024). KiPPs DALAM PEMBELAJARAN TOPIK PEMBEZAAN DAN PENGAMIRAN. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 9(53). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/3783
Issue
Section
Articles