PENDIGITALAN KANDUNGAN STEM UNTUK PERLAKSANAAN MODEL TERADUN: PANDANGAN GURU TERHADAP KEBERKESANAN BENGKEL LATIHAN

Authors

  • Yusmarini Yusoff Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang, Malaysia
  • Mohd Ali Samsudin Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang, Malaysia
  • Norfarah Nordin Pusat Pengajian Siswazah Perniagaan, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang, Malaysia

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji pandangan guru selepas mengikuti latihan guru untuk melaksanakan pendekatan pembelajaran STEM teradun dalam topik Perubahan Iklim. Latihan guru tentang pendekatan pembelajaran STEM teradun dilaksanakan secara dalam talian. Kajian ini melibatkan lima orang guru opsyen Sains yang mengajar Biologi dari sekolah menengah negeri Kedah. Data dikumpul melalui temu bual separa berstruktur dan dianalisis menggunakan kaedah analisis tematik. Berdasarkan penemuan, guru bersedia melaksanakan pembelajaran STEM teradun segi amalan, keprihatinan dan pengetahuan teknologi pedagogi kandungan. Guru juga boleh menyasarkan penstrukturan persekitaran, penetapan matlamat, pengurusan masa, mencari bantuan, strategi tugasan dan penilaian diri setelah mengikuti latihan guru ini. Guru yang menguasai konsep pembelajaran STEM teradun boleh menerangkan ciri-ciri aplikasi teknologi yang pelbagai dan boleh memilih cara melaksanakan pembelajaran STEM teradun berkaitan topik Perubahan Iklim. Latihan guru ini telah melahirkan guru yang boleh membuat keputusan, yakin dan mampu memantau tindakan mereka sendiri untuk mengaplikasikan pembelajaran STEM teradun dalam pelbagai topik, aktiviti dan penggunaan teknologi dalam talian. Guru boleh mempelbagaikan aktiviti dan menjadi lebih kreatif dengan menambah aplikasi digital yang berbeza untuk digunakan pada topik lain yang boleh diubah suai mengikut keperluan dan kebolehan pelajar. Oleh itu, latihan guru untuk melaksanakan pendekatan pembelajaran STEM teradun ini membantu guru untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran teradun yang berkesan bagi topik Perubahan Iklim.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-09-24

How to Cite

Yusmarini Yusoff, Mohd Ali Samsudin, & Norfarah Nordin. (2024). PENDIGITALAN KANDUNGAN STEM UNTUK PERLAKSANAAN MODEL TERADUN: PANDANGAN GURU TERHADAP KEBERKESANAN BENGKEL LATIHAN. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 9(53). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/3791