COVID-19: A HISTORIC TRIBUTE TO THE FRONTLINERS AND ITS IMPACT ON MALAYSIA'S POLITICAL SECURITY AND COMMUNICATION STRATEGY
Abstract
Penyakit zoonosis yang dikenali sebagai COVID-19 telah menjadi musuh nombor satu dunia sejak tiga tahun lalu. Suku pertama 2020 bermula dengan kematian melebihi 1 juta orang mulai awal Mac 2020, dan sehingga kini (Mei 2023), 6,921,614 kematian seperti yang dilaporkan dalam papan pemuka harian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Dalam masa yang mencabar ini, kepimpinan, kecekapan, dan komunikasi telah menjadi tumpuan semua kerajaan dalam memerangi penyebaran COVID-19. Malaysia tidak terkecuali dalam memulakan perang melawan virus dahsyat ini yang boleh membawa maut. Kajian mengenai dinamik perkhidmatan awam berbanding kepimpinan politik dijalankan untuk melihat akan corak tadbir urus dalam menangani krisis pandemik. Artikel ini menerangkan dalam konteks Malaysia, bagaimana kepimpinan perkhidmatan awam telah menangani pandemik menjadi situasi yang lebih baik dengan kepimpinan yang cemerlang, kecekapan yang betul, dan strategi komunikasi yang berkesan dalam memastikan keluk untuk kes baharu diratakan dalam tempoh yang lebih singkat. Artikel ini juga untuk mengkaji kestabilan politik dengan mengambil kira aspek aktor politik dengan penjawat awam dalam usaha memerangi virus merbahaya ini. Nilai tambah dalam artikel ini adalah bagaimana pandemik diurus dalam keadaan kerajaan baru ditubuhkan ketika itu. Ini memandangkan tahap keburukan pandemik dan penubuhan kerajaan yang belum pernah berlaku sebelum ini (melalui kemelut politik), menyumbang kepada perspektif baharu dalam menangani krisis di Malaysia. Dalam hubungan ini, struktur sedia ada dan aktor pengurusan bencana juga diteliti, untuk mencari sinergi yang lebih baik dalam usaha negara yang terjejas dengann COVID-19. Perbincangan juga menyumbang sebagai nilai tambah kepada kesiapsiagaan Malaysia dalam mengharungi krisis masa depan. Bertentangan dengan persepsi tentang kurangnya keupayaan kerajaan untuk mengharungi krisis, artikel ini mengetengahkan strategi penyelarasan semua aktor dan institusi yang terlibat, yang mendapat pengiktirafan antarabangsa dan tempatan. Walau bagaimanapun, dalam jangka panjang, kelemahan perlu dikenal pasti dalam membina rangka kerja yang lebih baik untuk masa hadapan. Sama ada perkhidmatan awam secara amnya masih tidak fleksibel untuk norma baharu atau sebaliknya, akan dibincangkan dalam artikel ini.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2024-09-24
How to Cite
Shuhardi TR Aznan, Arba’iyah Mohd Noor, Mardiana Nordin, & Aris Abdul Rahman. (2024). COVID-19: A HISTORIC TRIBUTE TO THE FRONTLINERS AND ITS IMPACT ON MALAYSIA’S POLITICAL SECURITY AND COMMUNICATION STRATEGY. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 9(53). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/3792
Issue
Section
Articles