MODUL KEMAHIRAN BERFIKIR ALGEBRA UNTUK PELAJAR TINGKATAN SATU
Abstract
Kemahiran Berfikir Algebra (KBA) merupakan salah satu aspek kemahiran yang perlu dikuasai oleh pelajar bagi menyelesaikan masalah bukan rutin. Kemahiran ini juga diperlukan sebagai asas persediaan pelajar memasuki pengajian universiti dan bidang pekerjaan yang memerlukan pemikiran logik dan analisis. Namun begitu, prestasi pelajar Malaysia dalam penyelesaian masalah algebra masih belum mencapai tahap memuaskan mengikut laporan TIMSS 2019 dan PISA 2018. Justeru, Modul Kemahiran Berfikir Algebra (MBA) dibangunkan untuk memupuk KBA melalui tiga konstruk iaitu i) generalisasi aritmetik, ii) fungsi, dan iii) pemodelan. MBA dibangunkan dengan berteraskan kaedah heuristik melalui Model penyerapan Polya dan bar digital. Model bar adalah illustrasi segi empat tepat yang dibina bagi mewakili kuantiti yang diketahui dan tidak diketahui serta hubungan antara kuantiti. Model bar digital merujuk kepada aplikasi percuma model bar pada pautan https://mathsbot.com/manipulatives/bar. Ujian KBA dibina dan ditadbirkan sebagai ujian pra dan pasca ke atas 120 pelajar Tingkatan Satu dari sebuah sekolah luar bandar di Sabah. Dapatan ujian-t sampel berpasangan menunjukkan terdapat perbezaan skor min yang signifikan antara ujian pra dan ujian pasca (t(119) = -17.553, p < .05) selepas intervensi menggunakan MBA. Ini menunjukkan MBA dapat meningkatkan KBA melalui kaedah heuristik. Inovasi ini diharapkan dapat dikembangkan di sekolah luar bandar bagi membentuk pelajar yang berfikiran algebra dan celik teknologi digital.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2024-09-24
How to Cite
Janet Jahudin, & Siew Nyet Moi. (2024). MODUL KEMAHIRAN BERFIKIR ALGEBRA UNTUK PELAJAR TINGKATAN SATU. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 9(53). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/3794
Issue
Section
Articles