KEMAHIRAN PENYOALAN DALAM PEDAGOGI HIKMAH

Authors

  • Mursyidah Sakinah Nasrol Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia
  • Hafizhah Zulkifli Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia

Abstract

Kemahiran menyoal merupakan aspek penting dalam pendekatan pedagogi yang berfokus pada pembelajaran pelajar dan pembangunan holistik. Dalam konteks ini, penggunaan kuadran soalan menjadi alat yang digunakan serta berkesan untuk merangsang pemikiran kritis, refleksi, dan pembelajaran berpusatkan pada pelajar. Oleh itu, kertas konsep ini bertujuan untuk meneroka pendekatan kemahiran penyoalan pelajar menggunakan kuadran soalan dalam pelaksanaan pedagogi hikmah. Kajian ini menggunakan kajian kepustakaan dan analisis dokumen sepenuhnya. Pengkaji akan membincangkan berkenaan konsep pedagogi hikmah, kemahiran menyoal, elemen-elemen yang terdapat dalam kuadran soalan yang akan digunakan, perbandingan cara penggunaan kuadran soalan di dalam teori yang digunakan dan perbincangan kajian. Tambahan pula, pendekatan yang diteroka adalah berasaskan teori yang berkaitan. Selain itu, turut dibincangkan penggunaan kuadran soalan sebagai model dalam pembinaan rancangan pengajaran harian. Penulisan kertas konsep ini akan memudahkan para pengkaji akan datang untuk mengkaji penggunaan kuadran soalan kerana belum ada kajian yang ditemui berkenaan kuadran soalan. Ia juga mengesyorkan guru untuk menerapkan penggunaan kuadran soalan dalam semua bidang pendidikan.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-09-24

How to Cite

Mursyidah Sakinah Nasrol, & Hafizhah Zulkifli. (2024). KEMAHIRAN PENYOALAN DALAM PEDAGOGI HIKMAH. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 9(53). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/3798