AMALAN PENGEBUMIAN MASYARAKAT MELAYU ISLAM DI SARAWAK: PERBANDINGAN BUDAYA DAN HUKUM SYARAK

Authors

  • Fareiny Morni Faculty of Business Management, Universiti Teknologi MARA Cawangan Sarawak, Kota Samarahan, Sarawak,
  • Rashinah Hossen Faculty of Accountancy, Universiti Teknologi MARA Cawangan Sarawak, Kota Samarahan, Sarawak, Malays
  • Ratnawate Panie Faculty of Business Management, Universiti Teknologi MARA Cawangan Sarawak, Kota Samarahan, Sarawak,
  • Fatimah Bujang SIDMA College Sarawak, Kuching, Sarawak, Malaysia

Abstract

Masyarakat Sarawak terdiri daripada pelbagai etnik dan kaum. Amalan perkahwinan campur menyebabkan percambahan adat, menggalakkan kepelbagaian budaya dan tradisi sehingga berlakunya gabungan adat dengan hukum syarak yang telah ditetapkan oleh agama. Walaupun terdapat pelbagai usaha yang dilakukan oleh institusi agama, masih berlaku percampuran amalan budaya dan tradisi dengan hukum syarak di kalangan masyarakat Islam di negara Malaysia. Adalah penting untuk membezakan amalan yang terhasil daripada adat, budaya dan tradisi dengan apa yang berlandaskan hukum syarak agar masyarakat dapat mempraktikkan apa yang diredai oleh Allah SWT. Objektif kajian ini adalah untuk menyelidik salah satu amalan yang dituntut oleh agama, iaitu proses pengebumian jenazah orang Islam di Sarawak. Kajian ini dilakukan dengan membezakan amalan yang dikehendaki agama dan amalan yang diadaptasi daripada adat, budaya dan tradisi masyarakat setempat. Kaedah kajian menggunakan pendekatan etnografi yang melibatkan kajian literatur, kajian lapangan seperti pemerhatian di kawasan perkuburan di sekitar Kuching dan Samarahan, serta temu bual dengan golongan yang terlibat di dalam proses pengebumian dan masyarakat umum. Didapati proses pengebumian masyarakat Melayu Islam Sarawak mencampur adukkan amalan budaya dengan hukum syarak. Beberapa kaedah penambah baikan dicadangkan agar amalan pengebumian diperbaiki berlandaskan hukum yang ditetapkan oleh agama Islam.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-09-24

How to Cite

Fareiny Morni, Rashinah Hossen, Ratnawate Panie, & Fatimah Bujang. (2024). AMALAN PENGEBUMIAN MASYARAKAT MELAYU ISLAM DI SARAWAK: PERBANDINGAN BUDAYA DAN HUKUM SYARAK. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 9(53). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/3799