KESAHAN DAN KEBOLEHPERCAYAAN INSTRUMEN PERKEMBANGAN LITERASI BAHASA MURID PEMULIHAN KHAS BERISIKO DISLEKSIA
Abstract
Kajian ini membincangkan kesahan dan kebolehpercayaan instrumen bagi tujuan penilaian soal selidik kajian yang dibina. Kesemua item dibangunkan dengan mengambil kira pelbagai teori dan model literasi bahasa, serta kajian literatur domestik dan antarabangsa. Terdapat empat konstruk dalam mengukur perkembangan literasi bahasa murid pemulihan khas berisiko disleksia di sekolah rendah, iaitu huruf, suku kata dan perkataan, ayat mudah dan teks. Kajian rintis yang telah dilaksanakan melibatkan 34 orang guru pemulihan sebagai responden. Seramai lima orang panel telah dilibatkan sebagai pakar kesahan kandungan. Selain itu, untuk menentukan sama ada item itu perlu dikekalkan atau digugurkan, sebuah kaedah pengukuran kuantitatif iaitu Content Validity Ratio (CVR), digunakan. Hasilnya, sebanyak 19 daripada 52 item digugurkan manakala 33 item lagi dikekalkan. Seterusnya, kebolehpercayaan instrumen dinilai melalui kaedah ketekalan dalaman alfa Cronbach dengan memperoleh sekurang-kurangnya 0.84 dan ke atas bagi setiap konstruk instrumen. Kesimpulannya, hasil kajian menunjukkan bahawa kesemua konstruk dan item yang dibina memenuhi syarat pengukuran instrumen dan boleh digunakan sebagai alat dalam mengukur perkembangan literasi bahasa murid pemulihan khas berisiko disleksia di sekolah rendah.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2024-09-24
How to Cite
Mazidah Ali, Ardzulyna Anal, & Suhaimee Sulaiman. (2024). KESAHAN DAN KEBOLEHPERCAYAAN INSTRUMEN PERKEMBANGAN LITERASI BAHASA MURID PEMULIHAN KHAS BERISIKO DISLEKSIA. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 9(53). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/3809
Issue
Section
Articles