ANALISIS KEPERLUAN: PEMBANGUNAN PENDIGITALAN PEDAGOGI MUDAH ALIH PENDIDIKAN SENI VISUAL SEKOLAH RENDAH

Authors

  • Roslita Ramli Fakulti Seni, Kelestarian Dan Industri Kreatif, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
  • Norzuraina Mohd Nor Fakulti Seni, Kelestarian Dan Industri Kreatif, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
  • Azlin Iryani Mohd Noor Fakulti Seni, Kelestarian Dan Industri Kreatif, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
  • Zulhafizsyam Zulkifli Fakulti Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
  • Mohd Noor Fazil Fakulti Seni, Kelestarian Dan Industri Kreatif, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
  • Yang Hong Fakulti Seni, Kelestarian Dan Industri Kreatif, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia

Abstract

Kajian analisis keperluan ini dijalankan bagi melihat keperluan pembangunan pendigitalan pedagogi mudah alih Pendidikan Seni Visual Sekolah Rendah. Pendidgitalan pedagogi berasaskan Teknologi Maklumat dan Komunikasi sebagai medium penyampaian pembelajaran digital. Pendigitalan pedagogi sejajar dengan perkembangan era globalisasi pendidikan semasa seiring dengan Revolusi Industri 5.0. Medium pembelajaran berasakan aplikasi mudah alih dapat mencetus minat murid untuk terus kekal dalam pengajaran dan pembelajaran dengan mengaplikasikan elemen multimedia interaktif dalam penyampaian bahan pembelajaran. Tujuan kajian ini adalah untuk menganalisis keperluan membangunkan pendigitalan pedagogi mudah alih bagi mata pelajaran Pendidikan Seni Visual Sekolah Rendah. Kajian ini berbentuk kajian kuantitatif dengan menggunakan instrumen soal selidik. Responden kajian terdiri daripada 300 orang guru Pendidikan Seni Visual yang mengajar di Sekolah Rendah. Data yang diperolehi dianalisis secara deskriptif menggunakan perisian SPSS bagi mengukur keperluan pembangunan pendigitalan pedagogi mudah alih dari aspek tahap pengetahuan, tahap kekerapan, tahap kemahiran dan tahap keperluan. Dapatan analisis data menunjukkan interpertasi yang tinggi terhadap keperluan pembangunan aplikasi pendigitalan pedagogi mudah alih Pendidikan Seni Visual Sekolah Rendah bagi menyahut cabaran era pendigitalan pendidikan. Impak kajian menunjukkan pendigitalan pedagogi mudah alih berintegrasikan teknologi bagi mata pelajaran Pendidikan Seni Visual Sekolah Rendah dapat memberi impak yang baik kepada murid dan guru.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-09-24

How to Cite

Roslita Ramli, Norzuraina Mohd Nor, Azlin Iryani Mohd Noor, Zulhafizsyam Zulkifli, Mohd Noor Fazil, & Yang Hong. (2024). ANALISIS KEPERLUAN: PEMBANGUNAN PENDIGITALAN PEDAGOGI MUDAH ALIH PENDIDIKAN SENI VISUAL SEKOLAH RENDAH. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 9(53). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/3810