PENILAIAN TAHAP PELAKSANAAN PENTAKSIRAN BILIK DARJAH DALAM KALANGAN GURU SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TEBOBON KOTA KINABALU SABAH
Keywords:
Penilaian PBD, Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), Kemahiran PBD, Pengetahuan PBD, Kesediaan PBD, Masalah dan Sikap PBDAbstract
Kajian ini bertujuan untuk menilai tahap pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) dalam kalangan guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Tebobon Kota Kinabalu, Sabah. Seramai 92 orang daripada 125 guru telah dipilih sebagai responden kajian. Pendekatan kuantitatif berbentuk tinjauan hirisan rentas digunakan dalam kajian ini. Data diperoleh melalui instrumen soal selidik dan dianalisis menggunakan perisian IBM Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 25.0. Hasil kajian mendapati tahap pengetahuan guru (M=3.90, SP=1.47), kemahiran guru (M=4.33, SP=1.06), kesediaan guru (M=4.36, SP=0.99) dan sikap guru (M=3.40, SP=1.35) terhadap pelaksanaan PBD adalah tinggi. Sebaliknya, persepsi guru terhadap masalah dalam melaksanakan PBD adalah pada tahap sederhana (M=2.86, SP=1.38). Dapatan ini menunjukkan bahawa guru memiliki asas kukuh dalam melaksanakan PBD, namun terdapat isu-isu sederhana yang perlu diatasi, khususnya berkaitan persepsi guru terhadap masalah dalam pelaksanaannya. Implikasi kajian ini adalah pihak berkepentingan perlu memberi tumpuan kepada strategi yang dapat memastikan pelaksanaan PBD berjalan dengan lebih lancar dan berkesan.