PERSEPSI TERHADAP MASALAH PEMBELAJARAN KOSA KATA BAHASA ARAB
Keywords:
Persepsi, Kosa Kata, Pembelajaran, Bahasa ArabAbstract
Kosa kata merupakan elemen utama yang perlu dititikberatkan dalam pembelajaran bahasa Arab di kampus Universiti Teknologi MARA Kedah. Subjek bahasa Arab merupakan kursus yang ditawarkan setiap semester kepada pelajar di peringkat diploma dan ijazah. Kebanyakan pelajar yang mengambil mata pelajaran tersebut adalah mereka yang tidak mempunyai pengetahuan asas bahasa Arab. Aspek kosa kata dalam kalangan pelajar dapat diperhatikan pada sesi pembelajaran dan penghasilan tugasan yang diberikan. Ini memberikan satu persepsi awal terhadap masalah yang timbul dalam kalangan pelajar dari sudut kosa kata. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk merungkai persepsi masalah pembelajaran kosa kata bahasa Arab dalam kalangan pelajar UiTM Kedah. Kajian ini berbentuk kuantitatif dengan menggunakan soal selidik sebagai instrumen utama dan data dibincangkan secara deskriptif menggunakan perisian SPSS versi 28. Hasil kajian menunjukkan persepsi pelajar terhadap masalah pembelajaran kosa kata dan strategi pembelajaran kosa kata yang mereka gunakan. Dapatan kajian juga menunjukkan tahap kesedaran yang baik dalam kalangan pelajar dalam usaha meningkatkan kualiti kosa kata bahasa Arab yang dipelajari.