KESAN KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL KE ATAS KOMITMEN ORGANISASI: PENDEKATAN PEMODELAN PERSAMAAN STRUKTURAL

Authors

  • Cammellia Othman University Malaysia Sarawak, Malaysia
  • Abdul Halim Busari University Malaysia Sarawak, Malaysia
  • Syahrul Nizam Junaini University Malaysia Sarawak, Malaysia

Keywords:

Kepimpinan Instruksional, Komitmen Organisasi, Guru Besar, Guru, Pendekatan Pemodelan Persamaan Struktural

Abstract

Kajian ini mengkaji kesan kepimpinan instruksional guru besar ke atas komitmen guru di sekolah-sekolah Sarawak. Kepimpinan instruksional mempunyai tiga dimensi iaitu mendefinisikan misi sekolah, mengurus program instruksional dan menggalakkan iklim sekolah yang positif. Seramai 899 guru sekolah rendah terlibat dalam kajian ini. Data dikumpul secara dalam talian melalui Google Forms. Soal selidik Principal Instructional Management Rating Scale (PIMRS) oleh Philip Hallinger (2000) digunakan untuk mengukur kepimpinan instruksional guru besar, manakala soal selidik Three Component Model Employee Commitment Survey (TCM-ECS) oleh Meyer dan Allen (2004) digunakan untuk menilai komitmen guru. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif, dengan analisis deskriptif menggunakan IBM Statistical Packages for the Social Sciences 2.7 (SPSS) dan analisis inferensi menggunakan Partial Least Squares-Structural Equation Modelling (PLS-SEM). Dapatan kajian ini menunjukkan tahap kepimpinan instruksional adalah tinggi untuk semua dimensi. Dapatan juga mendapati terdapat kesan yang signifikan antara kepimpinan instruksional guru besar dengan komitmen organisasi guru. Secara keseluruhannya, kajian ini menghasilkan model untuk menunjukkan sumbangan kepimpinan instruksional guru besar terhadap komitmen organisasi guru. Dari segi implikasinya, Kajian ini menyumbang kepada perkembangan ilmu, penambahbaikan amalan, dan pembentukan dasar. Dicadangkan agar kajian lanjutan dijalankan di negeri-negeri lain di Malaysia untuk menilai keberkesanan hubungan ini secara menyeluruh.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-09-30

How to Cite

Cammellia Othman, Abdul Halim Busari, & Syahrul Nizam Junaini. (2024). KESAN KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL KE ATAS KOMITMEN ORGANISASI: PENDEKATAN PEMODELAN PERSAMAAN STRUKTURAL. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 9(55). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/4242