PENGARUH PERANAN PEMBIMBING AL-QURAN TERHADAP PERUBAHAN SIKAP
Keywords:
Didikan Al-Quran, Pembimbing Al-Quran, Perubahan Sikap, Umat IslamAbstract
Kajian ini meneliti peranan pembimbing al-Quran dalam mencorak perubahan sikap di kalangan orang Islam melalui didikan yang berteraskan roh al-Quran. Objektif utama kajian ini adalah untuk mengkaji pengaruh pembimbing al-Quran terhadap perubahan sikap, dengan menggunakan metodologi penyelidikan kepustakaan dan pendekatan deskriptif analisis. Data dikumpulkan melalui kajian literatur dan dianalisis menggunakan teknik analisis kandungan. Penyelidikan ini menunjukkan bahawa peranan pembimbing al-Quran adalah integral dalam memenuhi tuntutan agama, termasuk prinsip "ta’muruna bil ma’ruf wa tanhauna anil munkar," yang sering diabaikan dalam kajian terdahulu yang hanya menumpukan pada aspek kemanusiaan. Kajian ini secara khusus menekankan bagaimana pengaruh pembimbing al-Quran terhadap perubahan sikap dapat membentuk sifat amanah dan disiplin diri, serta menyumbang kepada peningkatan kualiti peribadi dalam konteks agama.