ANALISIS TAHAP KECERDASAN ROHANIAH BELIA BERDASARKAN FAKTOR DEMOGRAFI

Authors

  • Nor Hanim Elias Kolej Universiti Islam Perlis, Malaysia
  • Selamah Maamor Universiti Utara Malaysia, Malaysia
  • Muhamad Abrar Bahaman Universiti Utara Malaysia, Malaysia

Keywords:

Kecerdasan Rohaniah, Belia, Demografi, Perbezaan

Abstract

Kecerdasan rohaniah berperanan dalam menentukan hala tuju kehidupan belia disamping sebagai pegangan hidup dalam melaksanakan apa yang diperintahkan Allah SWT dan menjadi benteng dari melakukan perkara yang dilarang. Pada zaman yang kian membangun ini, dilihat masalah sosial dalam kalangan belia terutamanya pada peringkat belia remaja semakin meruncing sehingga menimbulkan kebimbangan dalam kalangan masyarakat. Hasil penelitian daripada kajian-kajian lepas mendapati bahawa kecerdasan rohaniah terhadap belia telah dilakukan pada pelbagai tingkat demografi. Hasil dapatan kajian lepas menunjukkan wujud perbezaan berdasarkan faktor-faktor demografi contohnya belia yang bersekolah aliran agama mempunyai tahap kecerdasan rohaniah lebih tinggi berbanding belia bersekolah aliran biasa. Justeru, kajian ini dijalankan secara empirikal untuk melihat perbezaan tahap kecerdasan rohaniah belia berdasarkan faktor-faktor demografi. Responden kajian ini ialah belia yang telah mengikuti Program Latihan Khidmat Negara pada sesi 1 tahun 2017. Bancian ke atas seramai 641 responden telah dijalankan terhadap enam kem PLKN Zon Utara. Kajian berbentuk kuantitatif telah dijalankan dengan mengedarkan borang soal selidik sebagai instrumen untuk mendapatkan data kajian. Seterusnya data dianalisis menggunakan kaedah statistik deskriptif menggunakan perisian Statistical Packages for Social Sciences (SPSS). Hasil kajian menunjukkan tahap kecerdasan rohaniah seseorang belia adalah berbeza berdasarkan ciri-ciri demografi tertentu iaitu jantina, jenis sekolah menengah, kategori sekolah menengah, umur mula mengenali agama, umur mula belajar solat, dan juga lokasi tempat tinggal belia. Oleh itu, hasil kajian ini dapat dijadikan sebagai panduan dalam melaksanakan sesuatu rancangan untuk meningkatkan kecerdasan rohaniah belia dengan mengambil kira ciri-ciri demografi yang mempunyai perbezaan yang signifikan berdasarkan tahap kecerdasan rohaniah belia. 

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-09-30

How to Cite

Nor Hanim Elias, Selamah Maamor, & Muhamad Abrar Bahaman. (2024). ANALISIS TAHAP KECERDASAN ROHANIAH BELIA BERDASARKAN FAKTOR DEMOGRAFI. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 9(55). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/4258