KOMPETENSI KEPIMPINAN SEKOLAH: PENILAIAN DAN PERSPEKTIF GURU

Authors

  • Josephine Ambon Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Bity Salwana Alias Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Azlin Norhaini Mansor Universiti Kebangsaan Malaysia

Keywords:

Guru, Guru Besar, Kepimpinan Sekolah, Kompetensi Kepimpinan, Sekolah

Abstract

Kepimpinan sekolah yang berkesan merupakan elemen kritikal dalam memacu kecemerlangan pendidikan dan merealisasikan aspirasi sistem pendidikan negara. Namun, cabaran-cabaran semasa seperti perubahan teknologi yang pesat, keperluan pembelajaran abad ke-21, dan tuntutan masyarakat yang semakin kompleks menuntut pemimpin sekolah untuk memiliki kompetensi kepimpinan yang tinggi dan pelbagai. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk menilai tahap kompetensi kepimpinan guru besar dari perspektif guru di Sarawak. Seramai 113 orang guru sekolah rendah di Sarawak telah terlibat sebagai responden dalam kajian ini. Data dikumpulkan melalui kaedah tinjauan atas talian menggunakan Google Forms. Instrumen kajian yang digunakan ialah soal selidik Instrumen Kompetensi Kepimpinan (IKK) yang dibangunkan oleh Razak School of Goverment yang terdiri daripada lima dimensi: etika dan kerohanian, kemahiran peribadi dan sosial, kemahiran mengurus, kemahiran memimpin, dan kemahiran transformatif. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dan data dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for the Social Sciences versi 29 (SPSS). Hasil kajian menunjukkan bahawa tahap kompetensi kepimpinan sekolah secara keseluruhan adalah tinggi (M=5.87, SP=0.92). Dari segi dimensi, kemahiran transformatif mencatatkan skor min tertinggi (M=5.90, SP=0.92), diikuti oleh dimensi etika dan kerohanian (M=5.87, SP=1.06), dimensi kemahiran memimpin (M=5.86, SP=0.96), dimensi kemahiran mengurus (M=5.81, SP=1.00) dan kemahiran peribadi dan sosial (M=5.71, SP=1.07).. Kesimpulannya, dapatan ini mengesahkan bahawa guru-guru menilai kompetensi kepimpinan guru besar di Sarawak pada tahap yang tinggi. Kajian ini mempunyai beberapa implikasi yang signifikan bagi pembuat dasar seperti Kementerian Pendidikan Malaysia, Institut Aminuddin Baki dan Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan. Dari segi praktikal, hasil kajian ini boleh digunakan sebagai asas untuk membangunkan program latihan dan pembangunan profesional yang lebih berkesan bagi pemimpin sekolah di Sarawak.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-09-30

How to Cite

Josephine Ambon, Bity Salwana Alias, & Azlin Norhaini Mansor. (2024). KOMPETENSI KEPIMPINAN SEKOLAH: PENILAIAN DAN PERSPEKTIF GURU. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 9(55). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/4267